View: 24346|Reply: 61
|
Aisha Retno dakwa pembatalan konsert sebagai penindasan
[Copy link]
|
|
Penyanyi Aisha Retno menyifatkan pembatalan Konsert Malam Sutera Aisha Retno di Zepp Kuala Lumpur yang diumumkan oleh penganjur Kharisma Music International benar-benar mengejutkannya, semalam.
Menerusi penjelasan video dimuat naik dalam Instagram, Aisha berkata, dia hanya mengetahui status pembatalan konsert menerusi media sosial pihak penganjur.
Aisha berkata, dia ada menghubungi penganjur bagi mendapatkan pengetahuan terkini berkaitan konsert, namun tiada sebarang maklum balas sejak beberapa bulan lalu.
"Saya tak mengetahui apa-apa status mengenai konsert. Saya ada hubungi penganjur, tetapi mereka hanya senyap.
"embatalan konsert serta merta oleh penganjur atas beberapa sebab benar-benar mengejutkan saya dan pihak pengurusan.
"Tapi, Allah mengatakan sebaliknya dan mungkin belum rezeki lagi. Saya terima dengan hati terbuka.
"Cuma, ada yang sahih dan tidak apabila dapat tahu mengenai alasan diberikan penganjur menerusi pengumuman berkenaan.
"Itu yang membuatkan saya terpanggil untuk buat video dan beritahu sedikit kronologi dan kebenaran yang berlaku," katanya.
Berkongsi lanjut, Aisha berkata, dia sendiri mulanya ragu-ragu untuk menerima tawaran penganjur kerana menyedari pengalaman masih terlalu hijau dalam industri muzik.
Namun, katanya, selepas diyakini penganjur, dia bersetuju dan teruja untuk memberikan terbaik pada konsert solo pertama yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu depan.
"Saya ada beritahu penganjur masih hijau dalam industri. Banyak lagi saya kena belajar dan kumpul aset dari segi lagu dan sebagainya.
"Tapi, saya terima cabaran selepas diyakini dan merasakan tak salah mencuba. Bagaimanapun, saya rasa penting untuk saya dedahkan bila perkara seperti ini terjadi.
"Ini kerana konsert ini membawa kesan cukup besar di mana saya terpaksa menolak dan menarik diri daripada beberapa acara dan festival kerana sebahagian syarat perjanjian.
"Saya sebenarnya tidak merancang untuk mengadakan konsert solo kerana baru melaksanakan beberapa acara besar seperti Anugerah Juara Lagu dan The Hardest Singing Show, jadi saya mahu berehat dan buat showcase kecil-kecilan.
"Sepatutnya tugas perancangan kewangan dan pemasaran adalah tanggungjawab penganjur, tapi mereka lemparkan tugas ini kepada saya. Jadi, bila keluar kenyataan penganjur seolah-olah nak salahkan saya," katanya yang menyifatkan tindakan penganjur sebagai penindasan mengarut.
Aisha berkata, dia bersedia berbincang secara terbuka dengan penganjur, tetapi tidak dilayan.
"Saya doakan kelancaran untuk apa-apa konsert yang bakal dianjurkan dan mohon maaf kepada pembeli tiket kerana konsert ini tidak berlaku seperti dirancang," katanya.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
sape peminat dia? Lagu dia 1 pun aku tak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Batal tu sebab tiket tak laku ke? |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 11-11-2024 02:49 PM
sape peminat dia? Lagu dia 1 pun aku tak tau
ketipak ketipung sayang baju raya dah beli ke sayang,kalau sudah mari beraya |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya sbb masa raya ritu Dian Sastro ada guna lagu dia utk post video kat IG..so dia rasa yakin dah glemer sgt agaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols kesian kt sheols. Pdahal boleh je batal tanpa bgtau sbb low ticket sales. Tak baik betul organizer |
|
|
|
|
|
|
|
Try buat mini-concert kat hardrock la , kalau crowd melimpah ruah..barulah tau level
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat konoha tanak claim dia ke? Jual je harga tiket in rupiah maybe bole sold out. Suara sedap, muka awam agak susah yer nak cari makan di malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu ketipak ketipung ketiak yang Leona nyanyi tu.
Kalau tak kerana Leona menyanyi lagu tu, sampai sudah i tak tahu siapa penyanyi asal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Purplehaz replied at 11-11-2024 03:46 PM
Try buat mini-concert kat hardrock la , kalau crowd melimpah ruah..barulah tau level
Betul jugak . Boleh pakai ke benchmark test di hardrock nih |
|
|
|
|
|
|
|
noorhairiahma replied at 11-11-2024 04:13 PM
Lagu ketipak ketipung ketiak yang Leona nyanyi tu.
Kalau tak kerana Leona menyanyi lagu tu, sampa ...
Luna Maya pun ambik lagu tu buat konten raya. Juta2 views |
|
|
|
|
|
|
|
Takda fanatik jgn le buat konsert |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat konsert kurang2 ada duatiga album baru la best |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 11-11-2024 06:52 PM
Takda fanatik jgn le buat konsert
yerps ... keyword dia ialah fanatik
Faizal tahir / ella tu macam tak brp dengar promosi over sgt pun...... tapi fanatik dah tua2 gaji puluh2 ribu, sorang beli tiket utk 1 keluarga . dah cukup utk sold out kan tiket
kelebihan fanatik gaji puluh2 ribu ialah, dia nak entertain kawan2 & family terus belanja semorang... ada i dengar , boss belanja staff pun ada yach |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 11-11-2024 08:48 PM
yerps ... keyword dia ialah fanatik
Iols beli 2 ticket, utk beberapa band ni, terpaksa belanja anak buah .. sbb dia yg ajak..
Nasib baik murah 169 je |
|
|
|
|
|
|
|
awal tahun depan sebelum puasa pun belambak sana sini konsert... |
|
|
|
|
|
|
|
Album takde, lagu pun boleh bilang sebelah tangan je ada hati nak buat konsert..takkan nak nyanyi lagu orang pulak kt konsert nanti |
|
|
|
|
|
|
|
P balik indon laa. Sore dah la tak sedap |
|
|
|
|
|
|
| |
|