CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11562|Reply: 0

Bekas jurucakap Netanyahu ditahan kerana disyaki bocorkan dokumen sulit - Mahkamah Israel

[Copy link]
Post time 4-11-2024 03:15 PM | Show all posts |Read mode
  




BAITULMAQDIS: Seorang bekas jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ditahan kerana didakwa membocorkan dokumen sulit yang berkemungkinan menjejaskan rundingan perjanjian berkait tebusan di Gaza, menurut mahkamah, semalam.


AFP melaporkan mahkamah Israel di bandar Rishon LeZion itu berkata, Eliezer Feldstein diberkas bersama tiga individu lain, termasuk pegawai keselamatan.


Berita mengenai kes terbabit mendorong pembangkang mempersoalkan sama ada Netanyahu bersubahat dalam kebocoran berkenaan, namun tuduhan itu dinafikan oleh pejabatnya.


Pengkritik sudah lama menuduh Perdana Menteri itu melengahkan rundingan gencatan senjata dan melanjutkan peperangan untuk memenuhi kehendak rakan gabungannya yang berhaluan paling kanan.


Agensi keselamatan domestik dan tentera Israel melancarkan siasatan mengenai pelanggaran itu pada September lalu selepas dua akhbar, iaitu mingguan British 'The Jewish Chronicle' dan tabloid Jerman 'Bild', menerbitkan artikel berdasarkan dokumen sulit ketenteraan.


Satu daripadanya mendakwa dokumen terbabit menunjukkan pemimpin Hamas ketika itu, Yahya Sinwar yang kemudian dibunuh oleh Israel, serta tebusan di Gaza akan diseludup keluar dari wilayah berkenaan ke Mesir melalui Koridor Philadelphi di sepanjang sempadan Gaza-Mesir.


Satu lagi pula dikata berdasarkan apa yang didakwa sebagai memo dalaman daripada kepimpinan Hamas mengenai strategi Sinwar untuk menghalang rundingan ke arah pembebasan tebusan.


Dokumen pertama yang bocor itu didakwa palsu, manakala memo dalaman berkenaan sebenarnya ditulis oleh pejuang Hamas berpangkat lebih rendah, menurut laporan media Israel.


Mahkamah menyatakan kebocoran dokumen terbabit berisiko menyebabkan 'bahaya besar terhadap keselamatan Israel.'


"Akibatnya, keupayaan badan keselamatan untuk mencapai objektif pembebasan tebusan sebagai sebahagian daripada matlamat perang, boleh terjejas," menurutnya.


Pemimpin pembangkang utama, Yair Lapid, semalam memberitahu pemberita bahawa butiran 'hal ehwal keselamatan yang serius di pejabat Netanyahu harus membimbangkan setiap rakyat Israel.'


"erkara ini berpunca dari Pejabat Perdana Menteri, dan siasatan perlu menentukan sama ada ia tidak dilakukan atas arahan Perdana Menteri.


"Menurut dakwaan, sekutu Netanyahu disyaki membocorkan dokumen rahsia dan memalsukan dokumen sulit untuk menjejaskan kemungkinan pembebasan tebusan serta membina kempen media terhadap keluarga tebusan," katanya.


Jumaat lalu, Netanyahu menafikan tuduhan dengan mendakwa dokumen yang diterbitkan Bild, tidak pernah diterima oleh pejabatnya.


Tanya menyebut nama Feldstein, Netanyahu berkata, bekas pembantu itu tidak pernah mengambil bahagian dalam mesyuarat keselamatan atau dirujuk dokumen sulit.


Sementara itu dalam perkembangan berasingan, REUTERS melaporkan Israel telah mengemukakan notifikasi secara rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa Tel Aviv membatalkan perjanjian yang mengawal selia hubungannya dengan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), menurut Kementerian Luar Israel, hari ini.


Bulan lalu, Parlimen Israel meluluskan undang-undang melarang UNRWA beroperasi di wilayah didudukinya, selain pihak berkuasa Israel turut dikehendaki berhenti bekerjasama dengan agensi itu yang menyediakan bantuan serta perkhidmatan pendidikan kepada jutaan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki. - AGENSI




SUMBER: Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.602291 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list