CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30522|Reply: 0

Ketiadaan tindakan global mudahkan Israel luaskan perang serantau - Liga Arab

[Copy link]
Post time 29-10-2024 08:04 AM | Show all posts |Read mode





Kaherah: Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit meluahkan kebimbangan terhadap tindakan Israel terhadap penduduk Gaza, mendakwa masyarakat antarabangsa gagal melindungi orang awam Palestin dan menghentikan perluasan perang serantau oleh Israel.


Beliau menegaskan bahawa ketiadaan tindakan global yang berterusan, kini sehingga sudah lebih setahun dan kesenyapan negara yang bersekutu dengan Israel menjadikan negara-negara ini sebagai pihak yang bersubahat dalam pencerobohan Israel terhadap Gaza, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).


Bercakap pada Forum Serantau Kesembilan Kesatuan untuk Mediterranean, yang diadakan di Barcelona, Aboul Gheit menyatakan bahawa kelemahan antarabangsa telah membolehkan Israel meningkatkan permusuhan serantaunya, menyebabkan penderitaan baharu untuk rakyat Lubnan yang kini turut dibedil.


Beliau berkata di Gaza, 90 peratus penduduk telah dipindahkan, sesak dalam khemah sementara di hanya 10 peratus daripada wilayah berkenaan.


Aboul Gheit menyeru peserta forum untuk mengambil teladan daripada negara-negara Eropah yang baru-baru ini mengiktiraf negara Palestin merdeka dalam sempadan 4 Jun 1967.


Beliau turut menyeru supaya gencatan senjata segera dilaksanakan di Lubnan dan pelaksanaan penuh Resolusi 1701 bagi memastikan keselamatan berpanjangan di sepanjang sempadan.


Beliau berkata masyarakat antarabangsa bertanggungjawab atas berlanjutannya perang ini, menuntut tindakan segera untuk menamatkan keganasan.




SUMBER : – Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.048359 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list