CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93527|Reply: 3

[Kedah] Pelajar universiti didakwa menipu NGO dibebaskan dengan jaminan polis

[Copy link]
Post time 26-10-2024 01:47 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar universiti didakwa menipu NGO dibebaskan dengan jaminan polis

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 25, 2024 @ 8:53pm [email protected]




Pelajar universiti direman untuk bantu siasatan atas kesalahan penipuan membabitkan orang awam dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membabitkan kerugian sekitar RM 100 ribu di Mahkamah Jitra. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir





JITRA: Pelajar universiti yang ditahan reman dua hari sejak semalam kerana dipercayai terbabit menipu pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi hari ini.

Katanya, reman terhadap pelajar itu tamat hari ini.

Semalam, suspek berusia 23 tahun itu dibawa ke Mahkamah Jitra dan direman dua hari ini untuk membantu siasatan kerana terbabit dalam penipuan membabitkan orang awam dan beberapa NGO.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, wakil NGO Seberang Perai Pulau Pinang, Eng Hiap Boon berkata, susulan penahanan pelajar itu kelmarin, dua lagi laporan polis dibuat terhadap pelajar terbabit, semalam.

Menurutnya, laporan pertama dibuat oleh seorang pengurus syarikat di Balai Polis Teluk Intan, Perak pada jam 11.12 pagi semalam yang membabitkan wang berjumlah RM19,100 yang dipindahkan ke akaun suspek pada Disember tahun lalu.

"Selain itu, laporan kedua pula dibuat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sekitar jam 11.30 pagi semalam oleh wakil seorang NGO di situ.

"Bagi kes di Teluk Intan, pelajar terbabit dikatakan menghubungi individu berkenaan dan berpura-pura menangis dengan alasan tidak mampu membayar tunggakan yuran sebanyak RM5,000.

"Disebabkan simpati dengannya, individu berkenaan kemudiannya melakukan pindahan wang kepadanya berjumlah RM1,000 pada hari sama," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Eng berkata, bukan setakat memindahkan wang ke akaun pelajar itu, malah pengurus itu juga turut menghantar butiran remaja berkenaan kepada kenalannya.

Katanya, akhirnya dalam tempoh empat hari, sebanyak RM18,160 berjaya dikumpulkan untuk didermakan kepada pelajar berkenaan.

"Modus operandi digunakan terhadap mangsa dari Teluk Intan itu, hampir sama dengan tindakan dilakukan pelajar berkenaan dalam kes terdahulu.

"Malah, pelajar itu turut menipu Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang terpedaya tindakan licik pelajar itu, Isnin lalu sebelum NGO berkenaan membuat laporan polis, esoknya.

"Dalam kes di Bukit Mertajam, saya dimaklumkan pelajar terbabit turut bertemu dengan wakil NGO yang membuat laporan polis pada September 2023 bagi meminta bantuan kewangan," katanya.

Eng berkata, wakil NGO berkenaan kemudian mengadakan perbincangan bersama ahli jawatankuasa lain sebelum bersetuju memberi bantuan yuran pembelajaran sebanyak RM2,500.

Katanya, disebabkan kasihankan dengan pelajar itu, naib pengerusi NGO berkenaan turut memberi bantuan tunai sebanyak RM1,000 kepada pelajar terbabit beberapa hari kemudian.

"Namun selepas kegiatan pelajar itu dibongkarkan sejak beberapa hari lalu, wakil NGO berkenaan membuat laporan polis sebagai rujukan pihak persatuan selain mahu siasatan dijalankan terhadap perkara itu," katanya.

Dalam pada itu, Eng berkata, selepas ini dia berharap supaya lebih ramai mangsa penipuan pelajar terbabit tampil bagi membuat laporan polis untuk menghentikan penipuan yang dilakukannya selain mengelak lebih ramai individu menjadi mangsa.

Katanya, dia juga sudah menghantar email kepada pihak universiti terbabit semalam selain mengepilkan beberapa bukti penipuan pelajar itu termasuk surat-menyurat palsu menggunakan kepala surat universiti berkenaan, yang diubah suai pelajar itu.

"Disebabkan kecuaiannya, terdapat beberapa kesalahan berlaku dalam surat itu antaranya perkataan 'Student University Department' tertukar menjadi 'Student University Apartment'.

"Malah, saya meminta supaya pihak universiti berkenaan melakukan siasatan dalaman berkaitan hal ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1315962/pelajar-universiti-didakwa-menipu-ngo-dibebaskan-dengan-jaminan-polis





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2024 07:42 AM | Show all posts
muda muda dah tipu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 10:41 AM | Show all posts
Scammer pelatih
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 03:07 PM | Show all posts
Gila. Muda2 dah gila.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.485725 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list