CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1039|Reply: 13

Pakatan mampu rampas 19 kerusi, 24 lagi '50-50' ?

[Copy link]
Post time 14-4-2011 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Memasuki pusingan kedua dalam kempen pilihan raya Sarawak - yang dianggap paling sengit dalam sejarahnya - sokongan pada BN dijangka meningkat di saat-saat akhir walaupun menerima tamparan hebat di kawasan bandar pada permulaanya.

Menurut pengamatan pelbagai sumber, walaupun bakal hilang banyak kerusi, BN masih mempunyai peluang cerah mengekalkan penguasaan dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana sentuhan terakhirnya.

"Dalam kempen di beberapa hari terakhir ini, semua kemungkinan boleh berlaku. BN masih ada strategi 'carpet bombing' melalui pengumuman projek segera dan pemberian imbuhan pilihan raya terutamanya di kawasan bandar," kata pemerhari politik Dr Jeniri Amir.


Pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak itu juga berkata, walaupun penduduk bandar menunjukkan perubahan yang luar biasa dengan menyokong Pakatan, berdasarkan tred dalam pilihan raya sebelum itu, bola akan kembali bertukar ke kaki BN semula.

"Masyarakat luar bandar masih dilihat mempunyai pemikiran simple minded," katanya kepada Malaysia.




Menurut sumber-sumber yang dekat dengan kerajaan, bacaan semasa menunjukkan, sebanyak 28 kerusi masih memihak kepada BN, 19 mampu dirampas pembangkang dan 24 lagi peluangnya masih '50-50' antara kedua-dua pihak yang bertanding.

Jika dilihat dari aspek kaum pula, undi Cina kini memihak kepada Pakatan, Melayu dan Melanau masih menyokong BN manakala masyarakat Iban pula mula sedikit demi sedikit berpindah daripada BN kepada pembangkang.

Bacaan ini selari dengan pemantauan NGO pengkaji "kepercayaan politik" Zentrum Future Studies yang mendapati sokongan masyarakat luar bandar kepada BN merosot dari 80 kepada 61 peratus.

Menurut presiden Zentrum, Abu Hassan Hasbullah, di kawasan luar bandar, sokongan terhadap parti pemerintah turut menyusut dari 65 kepada 38 peratus sahaja.


-MALAYSIAKINI 13/4/2011
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2011 04:53 PM | Show all posts
PR masih mengharapkan undian org2 bercawat?:re:
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 05:30 PM | Show all posts
kt tunggu dan lihat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 07:21 PM | Show all posts
xsabau nak tunggu hari buang undi!...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 07:24 PM | Show all posts
kelakar tengok perangai syok sendiri pembangkang
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 07:50 PM | Show all posts
RAMALAN!

Petanda Menunjukkan Pakatan akan merampas kuasa Sarawak!

BN akan tewas tipis secara mengejut!

Keadaan politik Malaysia selepas itu dijangka bertambah tegang dan bercelaru!



kita saksikan kebenarannya nanti!

Berani mau betting?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2011 08:09 PM | Show all posts
kerusi plastik ke kerusi kayu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 08:17 PM | Show all posts
kasi pembangang ni krusi plastik je dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2011 08:33 PM | Show all posts
pas tu BN leh beli wakil PR
untung jual beli kerusi ni ...juta2
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:11 PM | Show all posts
Kerusi bahagian Kalimantan terutamanya di pendalaman Pontianak dan Banjarmasin bakal menjadi penentu kemanangan Pakatan Rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:14 PM | Show all posts


cantiknya jalan....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:19 PM | Show all posts
ini suma konspirasi freemason
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:28 PM | Show all posts
kerusi plastik ke kerusi kayu?
TanSriJess Post at 14-4-2011 20:09



    Kerusi roda lebih afdal rasanya ;)
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:31 PM | Show all posts
cantiknya jalan....
cyclotron Post at 14-4-2011 09:14 PM

huhuhu..aku pun nak komen benda yg sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.064513 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list