CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30504|Reply: 5

Pengsan ketika penggambaran, Jackie Chan tetap sahut cabaran buat aksi lagak ngeri

[Copy link]
Post time 10-10-2024 10:44 PM | Show all posts |Read mode





Tidak semua pelakon yang menyahut cabaran membawakan aksi lagak ngeri berdepan laluan mudah.


Selain mengalami kecederaan ada di antaranya berdepan kesan sampingan lain seperti masalah kesihatan, pengsan dan sebagainya.


Begitupun ia dianggap sebagai asam garam kehidupan bagi pelakon yang gemar menyahut cabaran dan mahu menguji kemampuan diri.


Perkara itu diakui superstar Hong Kong, Jackie Chan yang tidak terkecuali berdepan pelbagai pengalaman menarik.


Aktor berusia 70 tahun itu, mendedahkan dia pernah pengsan ketika menjalani penggambaran filem Panda Plan di mana ketika itu dia sedang melakukan aksi lagak ngeri.


"Badan saya rasa lemah dan nak rebah secara tiba-tiba. Melihat keadaan itu kru produksi terus berlari ke arah saya untuk memastikan saya selamat.


"Saya seperti tidak sedar dan bertanya pada mereka 'Apa dah jadi?'... Apabila diberitahu saya pengsan, rasa macam tak percaya pula dan menganggap mungkin ia berlaku kerana saya menahan nafas ketika melakukan aksi itu," katanya.


Seperti yang dijangkakan, Jackie berkeras menyatakan dia dalam keadaan baik tetapi memerlukan bantuan untuk bangun.


Kemudian selepas berehat seketika, mereka kembali menjalani penggambaran adegan yang sama.


"Ia bukan masalah besar, saya perlu meyakinkan semua orang bahawa saya baik-baik saja. Jika tidak, mereka akan menggunakan pelagak ngeri menggantikan saya.


"Jika saya hanya duduk di tepi sambil melihat pihak produksi menggunakan pelagak ngeri, saya akan berasa sangat bersalah!" kata Jackie yang terkenal dengan genre filem aksi.


Teraju filem Panda Plan arahan Zhang Luan itu turut berdepan pelbagai aksi yang membuatkan penonton teruja menyaksikan filem yang mula ditayangkan di pawagam Malaysia sejak 10 Oktober ini.


Selain Jackie, filem Panda Plan turut menampilkan panda Hu Hu sebagai bintang utama. Dengan mata yang unik, Hu Hu menambah daya tarikan tersendiri kepada karektornya.


Dalam rakaman yang didedahkan, kelebihan Hu Hu seperti memeluk kaki pelakon pasti akan menambat hati penonton.


Filem komedi aksi ini mengisahkan bintang kung fu, Jackie Chan diundang untuk menjaga anak panda popular, Hu Hu.


Namun, Hu Hu menjadi sasaran organisasi jenayah antarabangsa. Jackie terpaksa bekerjasama dengan pengurusnya, David (Wei Xiang) dan penjaga panda, Su Xiaozhu (Shi Ce) membentuk satu pasukan untuk menyelamatkan "khazanah" itu dalam satu operasi penyelamatan antarabangsa.


Sumber - Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 11:00 PM | Show all posts
gigih dan gagah umo 70 tahun aktif

Iols harap, kita semua kuat dan sihat, aktif persis tok jackie kelak
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Legend [em:16:]
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik jadi pelakon malaysia la..aksinya kat meja makan dengan kat opis sambil main solitare.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 04:29 PM | Show all posts
Belibis replied at 11-10-2024 09:30 AM
Baik jadi pelakon malaysia la..aksinya kat meja makan dengan kat opis sambil main solitare.

bahahaha
start dengan scene, ikut kronologi
pagi - meja makan kat rumah

masih pagi - meja makan restoran

tengahari - meja ofis

lunch - meja restoran

balik keje - dalam kereta, tengah drive

malam - meja tepi swimming pool rumah

takyah jalan pun. duduk, action, cakap sikit, settle. blah
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2024 09:40 AM | Show all posts
Idoklah peminat film JC. Tp klo ada kat tv tu layan je la. Filem heols plg best bila tamat tu , ada bts aksi stunt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 89470 Replies : 3469
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109565 Replies : 6876
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 27086 Replies : 34
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73002 Replies : 669
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37361 Replies : 31
Diesel, petrol Malaysia dijual macam ‘air minuman’ di Selatan Thai
AbahmungDiesel, petrol Malaysia dijual macam ‘a
Views : 15945 Replies : 11
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31644 Replies : 84
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47117 Replies : 114
Bil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa Kongsi Pengalaman, PU Riz Tegas Tentang Nafkah Dan Tanggungjawab Keluarga
YgBenarBil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa
Views : 41696 Replies : 120
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 27720 Replies : 680

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.112434 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list