CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50698|Reply: 1

[Tempatan] Tanah runtuh di Brinchang: Pihak berkuasa digesa siasat kelulusan Pasar Tani Kekal

[Copy link]
Post time 22-9-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Tanah runtuh di Brinchang: Pihak berkuasa digesa siasat kelulusan Pasar Tani Kekal

Insiden tanah runtuh di Kilometer 67, Jalan Besar Brinchang semalam menyebabkan jalan utama itu terhalang. FOTO IHSAN REACH

Cameron Highlands: Pihak berkuasa digesa menyiasat pemberian kelulusan pembangunan Pasar Tani Kekal (PTK) di Sungai Burung, Brinchang, di sini, yang terjejas akibat tanah runtuh hingga mengakibatkan kerosakan harta, semalam.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH), A Dilip Martin berkata, berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands (RTDCH) 2030, kawasan itu diklasifikasikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 kerana struktur cerun melebihi 35 darjah.

Beliau berkata, sepatutnya tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan di kawasan itu kecuali untuk aktiviti pelancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.

"Bagaimana projek ini boleh diluluskan? Mengapa Majlis Daerah Cameron Highlands tidak memperhalusi semua aspek yang dinyatakan dalam RTDCH 2030?

"Syarat untuk Lot 15263 menyatakan bahawa tanah ini harus digunakan untuk pejabat operasi dan kuarters, bukan untuk ruang niaga.

"Kawasan yang sedang diteroka juga tidak menjalankan mitigasi cerun sehingga berlakunya tanah runtuh semalam, yang menyebabkan kesesakan lalu-lintas selama hampir empat jam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru itu, beliau menggesa Jabatan Alam Sekitar meneliti dan memberikan ulasan untuk menolak projek pembangunan PTK terbabit kerana didakwa tidak mematuhi syarat RTDCH 2030.

Dilip juga mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pemberian kelulusan projek pembangunan di daerah ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli dilaporkan berkata, berlaku kejadian tanah runtuh di Kilometer 67, Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market sekitar jam 11 pagi.

Beliau dilaporkan berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan, namun insiden itu menyebabkan sebuah kereta rosak dihempap tiang elektrik tumbang.

Difahamkan, kejadian itu berlaku berdekatan kawasan projek yang diusahakan Fama membabitkan kerja-kerja meratakan tanah menggunakan jentolak bagi pembangunan pasar tani kekal.

Disiarkan pada: September 22, 2024 @ 1:15pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 03:07 PM | Show all posts
aku skg tak rasa nak gi dh cameron ni sb byk sgt pembangunan lps tu diiringi tanah runtuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.041571 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list