View: 14141|Reply: 12
|
Tokyo tuntut penjelasan selepas budak lelaki Jepun mati ditikam di China
[Copy link]
|
|
TOKYO – Perdana Menteri Fumio Kishida hari ini menuntut penjelasan Beijing berhubung serangan pisau yang meragut nyawa seorang murid sekolah Jepun di Shenzhen dan menggesa China memastikan keselamatan semua rakyat Jepun di negara itu.
Beijing membalas dengan mengucapkan takziah dan menyebut pembunuhan itu sebagai insiden terpencil yang ‘boleh berlaku di mana-mana negara’.
Walaupun motif penyerang tidak jelas, pegawai-pegawai Jepun menggesa supaya kawalan keselamatan di sekitar sekolah-sekolah Jepun di China diperketatkan.
“Buat masa ini, kami mendesak China untuk memberi penjelasan mengenai fakta kes. Memandangkan sudah lebih sehari sejak kejadian ini, kami menjangkakan mereka (Beijing) memberikan penjelasan secepat mungkin,” kata Kishida yang menganggap serangan itu ‘amat keji’.
“Kes seperti ini tidak boleh berulang. Kami akan menyeru China untuk memastikan keselamatan warga Jepun dan mencegah kejadian serupa daripada berulang,” tambahnya.
Polis Shenzhen berkata, seorang lelaki telah menyerang kanak-kanak bawah umur pagi semalam dengan mangsa dikejarkan ke hospital. Suspek yang berusia 44 tahun itu turut ditahan, kata polis.
Media Jepun melaporkan, mangsa ialah warganegara Jepun berumur 10 tahun yang tinggal di bandar Shenzhen, selatan China dan diserang berhampiran sekolah Jepun.
Beijing hari ini menyatakan rasa kesal dan sedih berhubung insiden malang itu.
Lewat semalam, sebelum budak lelaki itu meninggal dunia, Timbalan Menteri Luar Jepun, Masataka Okano memanggil Duta Besar China ke Jepun, Wu Jianghao untuk menyampaikan ‘kebimbangan serius’ mengenai serangan itu.
Pada Jun lepas, seorang ibu dan anak warga Jepun cedera dalam satu lagi serangan pisau di Suzhou dekat Shanghai. Kementerian Luar China pada masa itu menyifatkan kejadian juga sebagai ‘insiden terpencil’.
Seorang wanita China berusia 55 tahun meninggal dunia ketika cuba menghalang penyerang dan diberi penghormatan kerana tindakannya oleh kerajaan tempatan.
Masih tidak jelas sama ada insiden terbaru tersebut bermotifkan politik. – AFP
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Cite pasal.jepung ni
Iols baru je tengok grave of the fireflies
Ohoi sedihnya iols tak sanggup nak habiskan tengok...takat setsuko berhalusinasi batu tu makanan je...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya budak tu, pasal dendam ke apa ni. Kalau warganegara mati di negara lain memang benda biasa kalau ada motif tertentu, tapi ni budak ya kt area sekolah pula so motif apa? Pembunuh tu gila ke |
|
|
|
|
|
|
|
yazuka akan balas dendam ke? |
|
|
|
|
|
|
|
cerita tu memang tiptop emotional damage dia.. Iols pun murung berminggu dulu
pastu, dalam poster movie dia, tu bukannya fireflies. tapi bom yang dijatuhkan pesawat
|
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 20-9-2024 09:34 AM
Cite pasal.jepung ni
Iols baru je tengok grave of the fireflies
Iols tengok anime tu trauma terok jugak.
Tpikan bila dipikirkan balik yng diorng(askar jepun) pernah buat onar pada zaman perang dulu terus tk jadi kesian.kira you reap what you sow gittuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Freezies replied at 20-9-2024 07:16 PM
Iols tengok anime tu trauma terok jugak.
Tpikan bila dipikirkan balik yng diorng(askar jepun) per ...
Kan..iols mmg bila pikir jepung jajah n buat negara lain
Tp tu lah..kesian anak2 rakyat yang jadi mangsa
Laki iols cakap jangan habiskan..
Biarkan situ je..haha
Iols dari mula dah bergenang air mata... |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 20-9-2024 06:58 PM
cerita tu memang tiptop emotional damage dia.. Iols pun murung berminggu dulu
pastu, dalam poster ...
Iols nanges sampai nak tido oung teringat2
Padahal tak habis nengok lg
Setsuko halusinasi batu jadi nasik iols dah nanges kaw kaw....
Huhuhuuuu....kesian sangat2 ..
Alahai...ada plak gula2 gambar setsuko..mmg nanges la iols |
|
|
|
|
|
|
|
China-japan relation memang tidak baik dadi dahulu lagi... Political tension sekarang japan... Japan abandoning china sekarang... Japanese kurang guna product made in china walaupun manufacturing japanese products sendiri...some brand kena maintain production di nippon land untuk japanese consumer... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 22-9-2024 05:43 AM
doubleA replied at 20-9-2024 01:46 AM
Kesiannya budak tu, pasal dendam ke apa ni. Kalau warganegara mati di negara lain memang benda biasa ...
Dendam pasal perang dunia ke 2 sis.
Kat China tu ada propaganda benci Jepun. Jepun pun satu. Sampai sekarang tak minta maaf sincerely atas apa meka dah buat kat China dulu. Google ja Unit 731, Nanjing massacre. Pehtu suma penjenayah perang tu terlepas sebab buat deal dengan US. Macam Unit 731 - deol bagi hasil kajian kat US (yang tadak hapa pun manfaat sebab katanya hasil2 kajian dalam Unit tu, dunia perubatan dah tau masa tu so US nyesal la kot dapat trash gitu), US tak dakwa deol di mahkamah jenayah/keadilan antarabangsa. Heh.
Aiol pun tak berapa kesiankan Jepun. Mengenangkan betapa vicious n vile pangai askar2 meka zaman WWII. Tapi nak tikam budak sekolah tu, idok la. |
|
|
|
|
|
|
|
honam replied at 20-9-2024 02:04 AM
yazuka akan balas dendam ke?
Tidak rasanya. Deols hada yakuza code. Bukan macam ayahanda PPIM ultra meleis suma benda nak run amok. Belum lagik yakuza2 buat posts sampah persis ultra meleis tuntut darah setakat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bottombikini at 22-9-2024 02:04 PM
halaaa....bibit2 la ni
aigooo...
iols dah la nk ke suzhou bln depan |
|
|
|
|
|
|
| |
|