CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34248|Reply: 5

[Politik] Alamak...gaduh dah!

[Copy link]
Post time 10-11-2024 11:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 12-11-2024 03:55 PM

PETALING JAYA: Pengerusi U Mobile Sdn Bhd Vincent Tan membidas tindakan kerajaan Muhyiddin Yassin sebelum ini yang mendesak pelaksanaan rangkaian 5G tunggal, sambil mempertahankan pemilihan syarikat telekomunikasi itu melaksanakan rangkaian kedua.

Tan berkata, pengendali rangkaian mudah alih sebelum ini bersedia melancarkan 5G dengan perbelanjaan sendiri, tetapi kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) bertegas mewujudkan rangkaian tunggal, dilaksanakan dan dimonopoli oleh Digital Nasional Bhd (DNB), menggunakan wang pembayar cukai.

RM4 bilion telah dibelanjakan sehingga kini dan RM12.5 bilion lagi dirancang melalui pelbagai kontrak oleh DNB dalam tempoh 10 tahun. Secara keseluruhannya, RM16.5 bilion wang pembayar cukai menjadi taruhan.

“Model rangkaian tunggal bersifat monopoli yang dipilih oleh pentadbiran Muhyiddin bertentangan dengan amalan terbaik global.
Model rangkaian borong tunggal sedemikian telah gagal di negara lain,” katanya dalam kenyataan.

RM4 bilion telah dibelanjakan sehingga kini dan RM12.5 bilion lagi dirancang melalui pelbagai kontrak oleh DNB dalam tempoh 10 tahun. Secara keseluruhannya, RM16.5 bilion wang pembayar cukai menjadi taruhan.

“Model rangkaian tunggal bersifat monopoli yang dipilih oleh pentadbiran Muhyiddin bertentangan dengan amalan terbaik global.
Model rangkaian borong tunggal sedemikian telah gagal di negara lain,” katanya dalam kenyataan.

“Walaupun sumber akan terbazir jika semua syarikat telekomunikasi utama melabur dalam rangkaian 5G berasingan, (juga) terlalu berisiko hanya mempunyai satu rangkaian 5G untuk seluruh negara.”

Pengasas Berjaya Corp itu berkata, rangkaian 5G berbilang akan mewujudkan persaingan yang membawa kepada penambahbaikan dan inovasi membabitkan kedua-dua rangkaian, yang seterusnya akan menyaksikan pengguna mendapat perkhidmatan sebaik mungkin.

Tan memuji keberanian kerajaan perpaduan memecahkan monopoli DNB sambil menegaskan bahawa pelancaran rangkaian kedua U Mobile tidak akan melibatkan dana awam.

Mempertahankan pemilihan U Mobile, Tan berkata, syarikat telekomunikasi itu mempunyai sembilan juta pelanggan pada akhir 2023, dengan lebih 10,000 tapak rangkaian di seluruh negara.

“Dengan liputan populasi rangkaian 95%, U Mobile setanding dengan CelcomDigi dan Maxis,” tambahnya.

Menurut Tan, hasil dan keuntungan bersih syarikat itu masing-masing bernilai RM3.5 bilion dan RM102 juta pada 2023, dengan jumlah aset RM6.2 bilion dan modal saham RM2.6 bilion.

Tan berkata, U Mobile juga merupakan syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan perkhidmatan 5G tanpa kos tambahan kepada pelanggan, dengan pakej biasa kira-kira 20% hingga 25% lebih murah daripada pesaingnya.

Mengenai pengurangan pegangan saham Straits Mobile Investment Pte Ltd dalam U Mobile, daripada 49% kepada 20%, hartawan itu menegaskan bahawa Telenor Norway mempunyai 33% kepentingan dalam CelcomDigi pada masa ini.

Beliau turut menyeru semua pihak agar tidak mengeluarkan komen tidak bertanggungjawab terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, yang menurutnya mempunyai kepentingan dalam U Mobile sejak 2015, sembilan tahun sebelum baginda ditabalkan sebagai Agong.

“Dalam pada kita menggalakkan wacana awam yang sihat, kita juga harus menggesa sebarang komen melibatkan Agong dibuat secara bertanggungjawab berdasarkan fakta, bukan tuduhan liar,” katanya.

FreeMalaysiaToday


PN, PN, PN, PN, PN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2024 11:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:58 AM | Show all posts
biarlah taikun gaduh dgn org politik.....Yidin dah jatuh pandai la taikun cari ranting lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan Chee Yioun
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalagi. Coverage 5g tu biar meluas. Ni MCM taik lembu.  tompok-tompok
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.083769 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list