CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 11

baju t dan burger utk warga Kuching..

[Copy link]
Post time 12-4-2011 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam semalam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.

Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.

Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware.

pabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk.

Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada.
Dalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu.

Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu.

Seorang hadirin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching.

“Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang,” kata lelaki pertengahan umur yang tidak mahu namanya disiarkan.

Ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong perdana menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir untuk melihat wajah Najib secara dekat.
Seorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu.

Sebelum majlis bermula, semua hadirin diberikan sehelai kemeja T 1Malaysia dan diminta menyarungkannya ketika itu juga. Hadirin juga diberikan burger dan air minuman botol.
-----------

kehkehkeh dah macam pelarian somalia dah,,, berebut rebut.. kalau takdak baju t , burger, air minuman botol ni agak agak ada yg nak datang tak???

p.s- teringat gambor indon berebut makanan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2011 11:46 AM | Show all posts
tupperware = lifetime warranty

tu yg dok berebut sakan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 11:48 AM | Show all posts
ye la tupperware mahal khenn... bukannya tipuware

sume hamba rakyat nak lerr
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 11:52 AM | Show all posts
beras 10kg takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 11:53 AM | Show all posts
x de gambar ke time berebut2 tu?

kesian PM aku...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 12:08 PM | Show all posts
ingatkan berebut-rebut nak jumpa PM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2011 12:13 PM | Show all posts
REAL PULAU pepel........
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 12:14 PM | Show all posts
dulu masa kat semenanjung semua pakat keluar barisan masuk bulatan, lening kat sarawak semua pakat keluar parti PBB & SUPP joint parti tipuware pulok doh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2011 12:17 PM | Show all posts
dah tu..takkan nak pulang dengan tangan kosong...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 12:37 PM | Show all posts
gula-gula .....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 12:48 PM | Show all posts
gmbar pilzzzzzz...........
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2011 12:53 PM | Show all posts
org memberi kita merasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.140412 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list