ASYRAF Wajdi membuat lawatan mengejut di Dewan Selera MRSM Taiping semalam. FOTO Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Kuala Lumpur: Dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Perak susulan kejadian keracunan makanan membabitkan 62 pelajar di institusi pendidikan berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A Sivanesan berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama (PKD LMS) menerima 30 notifikasi kes keracunan makanan pada 30 Ogos.
"Ia diikuti 32 kes tambahan pada hari berikutnya dari Klinik Kesihatan Taiping membabitkan pelajar yang tinggal di asrama dalam MRSM Taiping.
"Hasil siasatan awal di lapangan mendapati kesemua pelajar terbabit yang berusia di antara 16 hingga 17 tahun mempunyai sejarah makan di dewan makan MRSM Taiping dan mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, pening, loya, demam serta muntah," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Disyorkan
20 pelajar MSRM Taiping keracunan makanan
Julai 12, 2018 @ 6:48pm
[UPDATE] 'Mungkin sebab daging masak lada hitam'
Julai 12, 2018 @ 7:35pm
Katanya, PKD LMS membuat pemeriksaan premis dewan makan MRSM Taiping pada 30 Ogos lalu pada 11.45 pagi dan mendapati tahap penilaian 70.11 peratus.
"Sehubungan itu, PKD LMS mengeluarkan arahan penutupan premis dewan makan MRSM Taiping mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
"Pemeriksaan semula ke atas premis dewan makan MRSM Taiping dilakukan pada 2 September (Sinin) lalu jam 3.15 petang dan mendapati bahawa tahap penilaian pada waktu itu adalah 88.51 peratus dan dibenarkan beroperasi semula dengan penambahbaikan yang dicadangkan," katanya.
Sivanesan berkata, sebanyak empat sampel klinikal diambil daripada kalangan kes yang bergejala serta dua sampel makanan dan 13 sampel pengendali juga diambil pada 30 Ogos untuk dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Ipoh bagi tujuan analisis.
"Pejabat kesihatan juga merancang untuk melakukan pemeriksaan premis terbabit secara berkala bagi memastikan pihak pengendali makanan sentiasa mematuhi prosedur pengendalian makanan yang selamat.
"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku kerana kejadian sama pernah berlaku di lokasi berkenaan pada 2018, malah laporan mengenainya kita hantar kepada pihak sekolah serta Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk tindakan lanjut," katanya.
Katanya, perkara berkenaan akan dipandang serius dan tindakan tegas akan diambil kepada pihak pengusaha.
Harian sebelum ini melaporkan, Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, 'berang' apabila mendapati menu ditetapkan pihaknya tidak dipatuhi pengusaha dewan selera di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak.
Menerusi 'terjahan' dibuat Setiausaha Agung Umno itu di Dewan Selera MRSM Taiping semalam, pengusaha sepatutnya menyediakan ikan tenggiri sebagai menu makan malam seperti ditetapkan Mara.
Namun Asyraf Wajdi mendapati menu disediakan adalah ikan goreng jenis lain dipercayai ikan selayang.
[VIDEO] Terima aduan kotor ada tikus, Asyraf Wajdi terjah Dewan Selera MRSM Taiping
Oleh FARAH AYUNI ZULKEFLI
Jumaat, 06 Sep 20248:40 AM MYT
Asyraf (tengah) menerjah Dewan Selera MRSM Taiping, Perak pada Khamis selepas menerima aduan ibu bapa gara-gara pelajar mengalami keracunan makanan.
SELEPAS menerima aduan mengenai kes keracunan makanan membabitkan jumlah pelajar yang ramai, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerjah Dewan Selera Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping, Perak pada Khamis.
Asyraf berkata, inisiatif itu dibuat bagi meninjau keadaan sebenar di lokasi itu setelah menerima laporan secara langsung daripada ibu bapa pelajar mengenai keracunan makanan.
“Saya menerima laporan terus daripada ibu bapa pelajar mengenai kes keracunan makanan yang melibatkan seramai 31 orang pelajar pada 30 Ogos sehinggakan ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital," katanya menerusi Facebook.
BACA LAGI: [VIDEO] Niat nak keluar kereta sarung baju hujan, wanita cedera parah kena hempap dahan pokok
BACA LAGI: [VIDEO] Kononnya diajak tonton kuda kepang, remaja perempuan maut kena cekik sebelum mayat dibuang berhampiran kubur
Tambahnya lagi, ketika terjahan dilakukan, didapati beberapa perkara tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh MARA.
Antaranya, pekerja tidak mencukupi, tidak mengikut menu harian yang ditetapkan serta keadaan kebersihan dapur yang berada di tahap yang tidak memuaskan.
“Dalam menu yang ditetapkan oleh MARA, menu makan malam ialah ikan tenggiri. Ini ke ikan tenggiri?," katanya sambil menunjukkan ikan yang dihidangkan kepada pelajar.
Lebih mengejutkan, Asyraf berkata, kes keracunan yang dilaporkan itu bukanlah kali pertama berlaku.
"Ketika berjumpa dengan pelajar-pelajar yang menjadi mangsa keracunan makanan ini, mereka memaklumkan bahawa tahun lepas juga seramai 50 orang terkesan dengan isu keracunan makanan ini pada Oktober lepas.
"Juga mereka berkongsi kepada saya gambar-gambar ulat dalam nasi, sayur dan serangga di dalam hidangan yang amat mendukacitakan saya," katanya.
Asyraf berkata, pengusaha dewan makan itu diberi tempoh sehingga Jumaat untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan atau tindakan selanjutnya akan dikenakan.
Tegasnya, dia tidak akan berkompromi dan bersikap tegas terhadap perkara yang melibatkan kesihatan murid-murid.
"Selagi saya menjadi Pengerusi MARA, saya akan pastikan perkara-perkara ini diambil berat oleh pegawai-pegawai MARA demi kebajikan dan keselesaan anak-anak MRSM.
"Kesihatan, keselesaan dan kebajikan anak-anak MRSM adalah perkara yang amat saya titikberatkan dan tiada kompromi dalam hal ini," katanya.
Dalam pada itu, berdasarkan video terkini yang dimuat naik Asyraf, kontraktor terbabit juga dilihat cuba mempertahankan diri selain mempersoalkan semula semua yang dibangkitkan Pengerusi MARA itu terhadapnya.
Malah dalam video sama turut memaparkan keadaan dewan selera itu yang tidak terurus dan kotor selepas didakwa kurang staf, selain beberapa tikus berkeliaran juga dikesan. — Majoriti
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika melakukan lawatan mengejut ke Dewan Makan MRSM Taiping.
KUALA LUMPUR: Dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping pernah diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Perak susulan kejadian keracunan makanan membabitkan 62 pelajar pada 30 dan 31 Ogos lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan, berkata Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama (PKD LMS) menerima sebanyak 30 notifikasi kes keracunan makanan pada 30 Ogos lalu.
"Ia diikuti 32 kes tambahan pada hari berikutnya dari Klinik Kesihatan Taiping membabitkan pelajar yang tinggal di asrama dalam MRSM Taiping.
"Hasil siasatan di lapangan mendapati semua pelajar terbabit berusia antara 16 hingga 17 tahun mempunyai sejarah makan di dewan makan MRSM Taiping dan mengalami gejala sakit perut, cirit-birit, pening, loya, demam serta muntah," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, PKD LMS juga membuat pemeriksaan premis dewan makan MRSM Taiping pada jam 11.45 pagi 30 Ogos lalu dan mendapati bahawa tahap penilaian pada waktu itu adalah 70.11 peratus.
"Sehubungan itu, pihak PKD LMS mengeluarkan arahan penutupan premis dewan makan MRSM Taiping mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
"Pemeriksaan semula ke atas premis dewan makan MRSM Taiping telah dilakukan pada 2 September 2024 jam 3.15 petang dan mendapati bahawa tahap penilaian pada waktu itu adalah 88.51 peratus dan dibenarkan beroperasi semula dengan penambahbaikan yang dicadangkan.
Sivanesan berkata, sebanyak empat sampel klinikal telah diambil daripada kalangan kes yang bergejala serta dua sampel makanan dan 13 sampel pengendali juga telah diambil pada 30 Ogos untuk dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Ipoh bagi tujuan analisis.
"Pejabat kesihatan juga merancang untuk melakukan pemeriksaan premis terbabit secara berkala bagi memastikan pihak pengendali makanan sentiasa mematuhi prosedur pengendalian makanan yang selamat.
"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku kerana kejadian sama pernah berlaku di lokasi berkenaan pada 2018, malah laporan mengenainya kita telah hantar kepada pihak sekolah serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk tindakan lanjut.
Katanya, perkara berkenaan akan dipandang serius dan tindakan tegas akan diambil kepada pihak pengusaha.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, 'berang' apabila mendapati menu ditetapkan pihaknya tidak dipatuhi pengusaha dewan selera di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak.
Menerusi 'terjahan' dibuat Setiausaha Agung UMNO itu di Dewan Selera MRSM Taiping semalam, pengusaha sepatutnya menyediakan ikan tenggiri sebagai menu makan malam seperti ditetapkan MARA.
Namun, Asyraf Wajdi mendapati menu disediakan adalah ikan goreng jenis lain dipercayai ikan selayang.
Sedih betul menu tulis ikan tenggiri walhal ikan cenonet yang dia pergi hidang. Betul tak amanah. Dah tu dia siap spin kata harga barang naik bla bla. Takde rasa guilt langsung.
Post time 7-9-2024 07:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada tengok video ni tadi..
Dr.Asyraf ni ada bagi penerangan kat komen FB dia..
Masa mula-mula dia nak call dengan pompuan tu..
Staff dia kata ni Dr.Asyraf nak cakap..
Jadi pompuan tu kira yang call dia doktor dari KKM sebab beberapa hari sebelum tu dewan makan ni ada kena serbu KKM..
Padahal pompuan tu sembang dengan pengerusi Mara kot..
Masak lah..
Dah la bercakap spesis tak nak kalah..
Dr.Asyraf ni ada bagi update, dia kata kontrak syarikat pompuan ni akan di batalkan..
Dia dah bagi tau dengan pengurusan tender gitu la..
Dengar kata pompuan ni bini pegawai tentera kat Sarawak..
Dapat tender pun guna kabel katanya..
Post time 7-9-2024 07:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bila dgr cita mcm ni
Rasa bersyukur dan terima kasih banyak2 dkt makcik dewan makan dulu
Hari2 masak sedapp dan tak berkira
Boleh ceduk nasi lauk s3ndiri
Mmg tiap kali waktu makan antara ditunggu tunggu
Even ikan nyok nyok pon boleh rasa sedap acik tu masak
Post time 7-9-2024 10:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nsb baik la jaman iols sekolah thm 90an makanan sedap2 berkhasiat la jg... ni asrama skang asyik dgr keracunan makanan je....mcm mana la they all operate and manage kitchen ni?
Post time 7-9-2024 10:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
hanihan16 replied at 7-9-2024 10:28 PM
dia ingat dia bercakap dgn some random dr.asyraf dari kkm, mesti dia tak sangka tgh bercakap denga ...
Kan..dah berebaran video ni bersepah di medsoc..masak laa mira nk menjawab..mcm bagus kn.. at least mitak maaf laa..tunjuk sikit simpati ats musibah budak2 keracunan tuu.. keemaaaiiinn membongkak mengepak bercakap
Post time 7-9-2024 10:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
hanihan16 replied at 7-9-2024 10:28 PM
dia ingat dia bercakap dgn some random dr.asyraf dari kkm, mesti dia tak sangka tgh bercakap denga ...
tukar pengurusan pn selalunye managament yg baru tu akan kekalkan org yg lama jugak. kalo x amek semua, dia amek la half, separuh lg dia g hntar tempat lain sbb nk masukkan staff2 dia jugak