View: 29279|Reply: 11
|
Nia Ramadhani Anggap Pengalaman Dipenjara Akibat Salah Guna Dadah Sebagai Hikmah Terbesar
[Copy link]
|
|
Pernah dijatuhkan hukuman penjara akibat kes penyalahgunaan dadah, pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu hikmah terbesar dalam hidupnya.
Menurut Nia, 34, dia berharap orang ramai dapat mengambil pengajaran daripada insiden terbabit dan mengingatkan agar tidak berasa malu untuk mengaku salah.
"Setiap orang ada masa lalu masing-masing, yang baik mahupun yang buruk. Setiap manusia ada perjalanan hidup mereka sendiri."
"Tak perlu malu dengan diri sendiri dan semoga apa yang terjadi dengan saya sebelum ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar oleh orang di luar sana."
"Kejadian itu turut membawa hikmah yang besar dalam hidup saya. Jangan pernah malu apabila sudah berbuat silap, biarpun seorang figura umum. Tiada manusia yang sempurna."
Dalam pada itu, Nia akui bersyukur apabila ramai yang memberikan sokongan kepadanya selepas kes terbabit berlaku.
"Selepas kes tersebut, ternyata masih ramai yang memberi sokongan di belakang saya. Ramai yang sayang saya, rasa bersyukur sangat."
Sementara itu, pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini berkata, dia tidak mempunyai perancangan untuk kembali berlakon kerana sibuk menguruskan keluarga.
"Mudah-mudahan satu hari nanti boleh datang ke Malaysia. Drama saya yang paling popular dan diminati peminat Malaysia adalah Bawang Merah Bawang Putih yang mana sudah berlalu 15 tahun lepas."
"Saya sudah memiliki tiga cahaya mata, untuk kembali berlakon itu seperti tiada dalam perancangan saya dan agak susah juga."
Imbas kembali, pada Januari 2022, Nia dan suami Ardi Bakrie dijatuhkan hukuman penjara setahun akibat kes penyalahgunaan dadah.
Pasangan itu telah diarahkan menjalani proses pemulihan di sebuah pusat pemulihan di Cibubur selama 12 bulan.
Sumber : Oh Bulan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
telus jugak undang2 indon dr malaysia, org kaya retis anak orang ternama pun kena sumbat kes dadah, kt sini vip slumber bunuh orang pun lepas jer, setakat kes dadah celah gigi depa |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya nia. Untung larrr. Dahla cantik, kaya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 2-8-2024 02:49 AM
telus jugak undang2 indon dr malaysia, org kaya retis anak orang ternama pun kena sumbat kes dadah, ...
mmg dlm pnjara tp klau ada duit smua boleh..teringat benji dlm penjara indo boleh guna fon and laptop... |
|
|
|
|
|
|
|
hunters replied at 3-8-2024 10:29 PM
mmg dlm pnjara tp klau ada duit smua boleh..teringat benji dlm penjara indo boleh guna fon and lap ...
kt malaysia pun sama, kawan iols pernah call dari dalam penjara.. so masuk penjara skrg mcm tido kt hostel jer lah kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 4-8-2024 12:19 PM
kt malaysia pun sama, kawan iols pernah call dari dalam penjara.. so masuk penjara skrg mcm tido k ...
yela mkan semua org tanggung..beza terkurung dlm kawasan...semua penjara sama pandai2 cover kantoi ke bilik gelap. |
|
|
|
|
|
|
|
hunters replied at 4-8-2024 08:14 PM
yela mkan semua org tanggung..beza terkurung dlm kawasan...semua penjara sama pandai2 cover kantoi ...
so kalau orang kaya mewah lah penjara dia, makan minum pun mewah, yg miskin sampai ke penjara pun tetap miskin.. sedihhh |
|
|
|
|
|
|
|
lama jugak kena penjara 12 bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Terus buruk rekod bila main dadih. Muka dah lawo dah |
|
|
|
|
|
|
|
Telus jgk la walaupon kita tau mesti dlm tu ala ala najib. Berbanding sini ungkasha siap ada gmbar tersebar , katanya kena tgkap dgn pil lg boleh bebas sbb ada kabel payung kuning |
|
|
|
|
|
|
| |
|