CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21803|Reply: 0

[Perlis] PGA bongkar misteri kontena putih dalam ladang kenaf

[Copy link]
Post time 26-7-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode
PGA bongkar misteri kontena putih dalam ladang kenaf


Oleh Aizat Sharif - Julai 26, 2024 @ 4:36pm[email protected]





Sebanyak 358 karton rokok yang dipercayai diseludup dari negara jiran ditemukan dalam kontena di ladang kenaf di Chuping. -Foto ihsan PDRM PERLIS





PADANG BESAR: Kewujudan kontena terbiar di ladang kenaf di Chuping, membawa kepada penemuan 358 karton rokok yang dipercayai diseludup dari negara jiran, dianggarkan bernilai lebih RM90,000.

Barangan kontraban itu ditemukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 Pengkalan Hulu, Perak ketika mereka menjalankan operasi Op Taring Wawasan Kedah/Perlis di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, polis mendapat maklumat risikan bahawa terdapat tujuh bungkusan plastik hitam diletakkan di dalam sebuah kontena putih terbiar dalam ladang kenaf itu.

"Intipan yang dijalankan selama dua jam oleh PGA itu bagaimanapun tidak menemukan sebarang individu yang cuba mengambil atau menuntut bungkusan rokok berkenaan.

"Pemeriksaan PGA dalam kontena putih itu menjumpai 358 karton rokok tidak bercukai pelbagai jenama dan antara jenama rokok yang dirampas itu adalah jenama Fu Rong Wang sebanyak 215 karton, Gun Binyan (83 karton) dan Shuang Xi (60 karton).

"Nilai keseluruhan rokok yang dirampas adalah dianggarkan sebanyak RM94,512," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Shokri berkata, kesemua rokok yabg ditemui itu bagaimanapun tidak memenuhi standard keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang mana jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga 10 kali ganda daripada nilai rampasan atau RM100,000.

"Dalam hal ini, kita memberi amaran kepada mana jua individu yang terbabit dalam penyeludupan rokok tidak bercukai akan diambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.066269 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list