CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 30153|Reply: 34

[Jenayah] "Hina Sangat Ke Pekerja Rider Ni?" - Akak Burger King Bersifat Sombong Dengan Rider Grab Helok!

[Copy link]
Post time 16-7-2024 08:20 PM | Show all posts |Read mode


CUACA yang tidak menentu serta risiko kemalangan jalan raya menjadi cabaran utama buat pekerja khidmat penghantaran barang atau makanan.

Selain itu, layanan buruk oleh vendor atau restoran serta kerenah pelanggan turut menjadi cabaran besar buat mereka.

Di TikTok, seorang rider dikenali sebagai Fakhru Shah tular apabila dia berkongsi pengalamannya ketika berurusan dengan pekerja restoran restoran yang sombong.

Video yang dikongsi itu ditujukan kepada seorang pekerja restoran makanan segera yang didakwa memberi layanan acuh tidah acuh ketika dia mengambil pesanan pelanggan.

"Rider ni kadang-kadang dia sampai dekat kedai, dia tanya dengan baik, kak order saya dah siap belum? Cuba kita jawab dengan baik. Maaf bang tak siap lagi, kalau siap saya beritahu.

"Kan elok jawab macam tu walaupun lama menunggu, sejuk hati kita apabila dengar. Ni akak jawab... sekejap tak siap lagi, kita sibuk. Dengan tidak berpalingnya. Sombong betul bercakap.

    Jadi tolong jaga percakapan bila bercakap dengan orang, layan pelanggan dengan baik.
    FAKHRU SHAH

"Kak, hina sangat ke kerja rider ni? Akak cari rezeki, saya cari rezeki, sama-sama kita cari rezeki," ujar Fakhru menerusi video yang meraih lebih 100,000 tontonan.

Dalam perkongsian sama, Fakhru menasihati wanita itu agar menjaga tutur katanya ketika berurusan dengan mana-mana individu.

Malah, dia turut membacakan sepotong sabda Nabi yang menyebut perihal sikap sombong manusia sebagai nasihat buat pekerja wanita itu.

"Kalau video ni sampai kepada akak, saya cuma nak beritahu tak perlulah kak nak sombong dengan saya ataupun mana-mana rider atau mana-mana manusia.

"Akak pun kerja saya pun kerja, akak cari rezeki, saya pun cari rezeki. Saya bukan nak marah saya cuma nak beritahu sebab benda dah banyak kali berlaku.

"Jadi tolong jaga percakapan apabila bercakap dengan orang, layan pelanggan dengan baik. Ingat pesanan Nabi, tidak akan masuk syurga bagi orang yang ada di dalam hatinya sebesar zarah sikap sombong," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen turut memberikan sokongan kepada rider itu dan berharap dia terus sabar dalam melakukan pekerjaan.

"Betul tu, pekerja fast food sekarang banyak yang layan pelanggan macam kita minta sedekah.

"Respect. Teruskan nasihat supaya mereka tak sombong.

"Betul tu. Kita kena sabar dalam mencari rezeki yang halal," tulis beberapa netizen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2024 06:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekk royak tu pun dh turn off. Mungkin akak tu ada memori hitam ngan boyfriend sskjp dulu yg membuatkan beliau trauma
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sskjp ni susah betul nak dengar dorang bercakap guna bahasa melayu standard,kan?

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 16-7-2024 09:23 PM
Sskjp ni susah betul nak dengar dorang bercakap guna bahasa melayu standard,kan?

Lps tu add on ayat2 agama utk mengukuhkan hujahnya. Sdgkan kisah dari sebelah pihak sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:34 PM | Show all posts
tak payah lah nak terkejut dek... zaman sekaran ni ramai je stafff fastfood tu pandang orang sebelah mata (khususnya yang muslim malay).... dia bukan pasal dek ni rider ke apa.... dia memang dah habit atau lahir sebegitu rupa, takkan boleh berubah... orang macam ni, sembur je balik, tak payah nak nasihat lembut2..



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-7-2024 09:35 PM | Show all posts
jejaka_hensem replied at 16-7-2024 09:23 PM
Sskjp ni susah betul nak dengar dorang bercakap guna bahasa melayu standard,kan?

mitch donat jarang dengar kecek sskjp

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 16-7-2024 09:33 PM
Lps tu add on ayat2 agama utk mengukuhkan hujahnya. Sdgkan kisah dari sebelah pihak sahaja

Itulah.acik2 terus angguk2 kepala percaya bila dengar ada ayat2 islamik.nak bangkang takut berdosa pulak,kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
DidiAndFren replied at 16-7-2024 09:35 PM
mitch donat jarang dengar kecek sskjp

Nahu,dengung dia tetap berbau budu cap ketereh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kerja berhadapan dgn org ramai biasa la tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 16-7-2024 09:45 PM
Nahu,dengung dia tetap berbau budu cap ketereh.

budu cap ketereh sedap tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 10:10 PM | Show all posts
Dik xpayah nk tnye hina sgt ke keje rider
Hidup kena ada ego xkisah kerje apa
Lain kali jgn tnye mcm tu faham
Hidup ni keras
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 16-7-2024 09:56 PM
budu cap ketereh sedap tu

Patah2kan cili,perah limau.tambah tempoyak kalau nak lagi terangkat.
-member sskjp yg ajar,tapi iols tak makan budu.
Sambal tempoyak tetap dihati
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi tadi akak indon jual nasi lemak pun elok je kerek

Kurang ajar siap sound sound lagi kita ni lepas hantar order

Tak berani nak pergi. At least fast food ni ada SOP kan takleh santau ke ludah ke kat makanan kan? Semoga ada hikmahnya tak lalu nak telan masakan akak emo tadi.

Sorry takde potongan hadis mahupun ayat quran untuk lebih tragis kisah ni. Kesah pulak acik nak syurga nerakakan orang tiba tiba. Bodo jugak rider yg nak tunjuk pandai agama ni haha
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kerja melibatkan manusia ni mmg gitu la
cuba kerja dgn robot
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Cer ko kijo diri 8jam.. tak pegang phone.. dengan panas oven fryer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak hellok pon.. lapar clickbait tt ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Riders ni pun ramai je yg biadap. Langgar lampu merah mcm Jalan tu hatok depa yg empunya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak hina pun.. tp sbb ramai sejenis menggelupur x sabar melanggar lampu merah atas jalan, semua org menyampah dgn geng2 ko.. mentaliti terpaling frontliner sampai skrg masih terbawa2 katanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 17-7-2024 06:15 PM

Dia ada pengalaman hitam dengan orang Kelantan kot.

Sekarang ni orang Selangor dah redflag orang Kelantan, Johor dan Kedah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.134327 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list