View: 27316|Reply: 2
|
Anwar akan jumpa keluarga Beng Hock
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berjumpa keluarga mendiang Teoh Beng Hock, bekas Setiausaha Politik EXCO Selangor daripada DAP yang meninggal dunia dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009.
Perdana Menteri juga memberi jaminan, akan meneliti tuntutan yang terkandung dalam memorandum yang mahu diserahkan kepada beliau di Parlimen, pagi tadi.
Merujuk insiden ahli keluarga mendiang dan sekumpulan aktivis menuntut keadilan atas kematian Beng Hock yang disekat daripada menghampiri bangunan Parlimen, Anwar berkata, beliau mengambil maklum kejadian berkenaan.
"Saya ambil maklum insiden yang berlaku di luar Parlimen hari ini melibatkan keluarga mendiang Teoh Beng Hock. Saya beri jaminan akan berjumpa mereka dalam masa terdekat dan meneliti memorandum tuntutan," menurut Perdana Menteri di platform X.
Beng Hock yang juga saksi SPRM, ditemui mati dan asalnya dipercayai jatuh dari bangunan sebelum Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kes itu pada 2011 memutuskan kematiannya kerana membunuh diri berikutan siasatan yang dijalankan SPRM.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
mendiang ni antara modal politk fitnah geng politaik.. sama mcm altantuya dgn segala mcm lagi yg tak masuk akal.. purely character assassinations |
|
|
|
|
|
|
| |
|