View: 49279|Reply: 7
|
Anda ‘Single’? Bolehlah Ke Gerai Ini Untuk ‘Claim’ Durian Percuma! – “First Time Orang Single Dihargai…”
[Copy link]
|
|
Kalau anda single tidak kira lelaki mahu pun wanita bolehlah ke gerai durian ini untuk dapatkannya secara percuma.
Tular perkongsian seorang wanita baru-baru ini di platform TikTok ketika dia mengunjungi sebuah gerai menjual durian di Seberang Takir, Terengganu.
Ketika sedang memilih matanya terlihat pada tanda nama jenis durian yang ada tertulis nota berbunyi,
"Kalau single dapat free."
Dia dan rakannya kemudian bertanya kepada sekumpulan lelaki yang mengusahakan gerai itu untuk kepastian dan mereka kemudian menjawab apa yang tertera itu benar.
"Betul (dapat percuma), kena datang seorang diri,” kata salah seorang peniaga itu."
Hantaran itu mendapat perhatian warganet yang tertarik dengan promosi peniaga tersebut dan ramai yang bertanya tentang lokasi tepat gerai tersebut kerana mahu ‘claim’ durian percuma mereka.
Ada yang berseloroh dan berkata ini adalah kali pertama dalam hidup mereka sebagai seorang yang bujang terasa diri dihargai.
Seorang individu pula berkata ia mungkin taktik digunakan peniaga durian yang mungkin mencuba nasib untuk mencari jodoh mereka. Sambil menyelam minum air bak kata peribahasa.
SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Tokey durian tu pun single. Dia cuba nasib je tu klau dpt customer single dia bleh ajak kawin |
|
|
|
|
|
|
|
untung la org single wlaupun tahu dh marketing strategy je......kenapa la 20 tahun dlu takde promo2 mcm ni ek... |
|
|
|
|
|
|
|
örg yg pakai cermin mata jantan kan…sebab nampak halkum sore kepit tapi |
|
|
|
|
|
|
|
Semua acah2 jadi single tersakiti
Mcm beruk sekor2 komen nk menunjukkan diri tu single sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering replied at 14-7-2024 09:52 PM
örg yg pakai cermin mata jantan kan…sebab nampak halkum sore kepit tapi
Jantan. Nama tiktoknya ervan ridzuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering replied at 14-7-2024 09:52 PM
örg yg pakai cermin mata jantan kan…sebab nampak halkum sore kepit tapi
Ya lelaki, influencer teganu tu
Dulu selalu wat content lawak2
Selamba je budak kecik ni sound dia hahah
|
|
|
|
|
|
|
|
kemain durian punya marketing |
|
|
|
|
|
|
| |
|