View: 60877|Reply: 14
|
Euro 2024 : Sepanyol atau England siapa bakal bergelar juara?
[Copy link]
|
|
Berlin: Sepanyol berada pada tahap terbaik dengan England pula semakin mempamerkan aksi cemerlang sudah pastinya menjanjikan aksi menarik di pentas final Euro 2024 yang berlangsung awal pagi Isnin.
Kedua-dua pasukan mempunyai misi besar dengan bercita-cita melangkah ke Olympiastadion untuk mencapai matlamat masing-masing dengan cara berbeza.
Sepanyol yang dilihat mempunyai kelebihan berdasarkan kepada rekod mereka melangkah ke final memenangi hampir semua perlawanan dalam tempoh 90 minit kecuali bertemu tuan rumah iaitu Jerman dengan keseluruhan 13 jaringan.
Sumbangan 'wonderkid' berusia 16 tahun Lamine Yamal hampir menamatkan kisah dongeng mereka sebagai pasukan terbaik untuk memenangi Euro 2024.
Lain pula England, jika dilihat pada awalnya hampir tersingkir pada peringkat 16 pasukan ketika menentang Slovakia sebelum Jude Bellingham menyumbat gol penyamaan pada masa kecederaan.
Pujian harus diberikan kepada England kerana mereka bangkit selepas perlawanan terbabit seterusnya mencipta kemenangan terhadap Belanda sekali gus memberi peringatan atau membuka mata semua pihak terhadap pasukan itu.
Perlawanan final adalah pentas akhir kedua berturut-turut buat England dengan sebelum ini mereka tumpas kepada Itali di Wembley menerusi sepakan penalti.
Mengikut rekod, England belum pernah lagi menjulang piala di kejohanan utama selepas kali terakhir adalah pada Piala Dunia 1966.
Lain pula dengan Sepanyol yang sebelum ini adalah juara di pentas Eropah sebanyak tiga kali selain turut memenangi Piala Dunia dan Liga Negara tahun lalu.
Ketika pujian sering diberikan kepada jurulatih mereka Luis de la Fuente yang dinaikkan pangkat ke pasukan utama untuk menggalas cabaran itu sejak Piala Dunia Qatar yang menyaksikan Sepanyol tewas kepada Maghribi di pusingan 16 pasukan terbaik.
Kelebihan yang dimiliki adalah beliau mengenali sebahagian besar skuad itu sejak mereka masih muda selain turut memberi penekanan terhadap pengurusan pasukan yang baik.
Hampir enam tahun sudah berlalu sejak pertemuan terakhir antara England dan Sepanyol di Valencia, di mana England mendahului 3-0 pada separuh masa pertama dan bertahan untuk kemenangan 3-2.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah, dah lama tinggalkan bola.. tp rasa Spain lah kot.. Copa America lak Argentina kot juara.. just personal opinion |
|
|
|
|
|
|
|
X laku rasanya thread2 cam ni. Majority acik2 x minat bola. Tau2 dh final ye |
|
|
|
|
|
|
|
Jdt kot yg menang |
|
|
|
|
|
|
|
nak england lah menang. support kampung laki! |
|
|
|
|
|
|
|
Spain la kot.biar england meratib coming home 100 tahun lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kezza
Jauh lagi kezza novak vs carlos showdown
Sentimental value rooting for novak
Tapi dah carlos umur baru 21, mampu berlari macam kuda baru lepas kandang |
|
|
|
|
|
|
|
Yamal akan score lagi benam tiga singa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Spain. Copa America plak goes to Argentina. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua kali aku tengok semi final, terus demam sebab tak cukup tido. Kena tidur awal pulak esok get ready untuk final. Jangan demam lagi sudah |
|
|
|
|
|
|
|
Harap Spain la menang nanti. Dulu2 time final euro mmg tunggu la, sekarang faktor usia mungkin, tunggu result je lah. Malas dah nak bersengkang mata pukul 3 pagi hari isnin pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kisah la pasukan mana yang angkat pun.. Yang penting kalau bukan melibatkan pasukan Malaysia, memang bersikap neutral.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang la melainkan bola Piala Dunia baru nafsu layan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ngantok2 i layan euro ni.. so i tan tan tut je setiap game.. dari dulu england tak pernah jadi pilihan..
Spain menang dlm tempoh 90 minit.. tolong la jgn drag sampai penalti..
|
|
|
|
|
|
|
|
Setakat ini england main cukup makan jer... itu pun akhirnya masuk final. semi final hari tu game play england ada improvement tapi rasanya masih dibawa spain..
.. gameplay spain menang, tp bola itu bulat, bukan gameplay sahaja yg penting, ada luck, ada motivasi, ada strategi, ada fitness pemain, endurance masa game tak boleh down,
jika drag masuk penalty ni nasiblah siapa yg dah berlatih awal-awal tendangan penalti, england quarter final penaltu tu siap kata dah keluar dari sumpahan sbb tak sangka menang ...
susah nak kata dgn yakin siapa menang.. mungkin spain ada sedikit kelebihan tetapi dlpadang semuanya warrior.. tengok 20 minit pertama jika spain dpt kuasai game mungkin spain akan menang |
|
|
|
|
|
|
| |
|