CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23289|Reply: 15

Kuasa Agong Beri Pengampunan Tidak Mutlak Selepas Pindaan Perlembagaan 1994, Badan Peguam Bukan Cabar Kuasa Agong

[Copy link]
Post time 2-7-2024 11:54 PM | Show all posts |Read mode






KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu pindaan kepada kepada Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1994 menghapuskan budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan.


Peguam Zainur Zakaria yang mewakili Badan Peguam dalam hujahannya, berkata sejak 24 Jun 1994, Perkara 40(1A) jelas menyatakan bahawa semua kuasa Yang di-Pertuan Agong (termasuk kuasa memberikan pengampunan) mesti dilaksanakan "mengikut" nasihat orang atau sekumpulan orang yang sesuai.


Beliau berkata, peruntukan itu menetapkan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak atas nasihat dalam menjalankan fungsinya di bawah perlembagaan.


Katanya, sebelum pindaan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara mutlak untuk menerima atau menolak pengampunan.


"erkara 40(1A) menghapuskan sebarang budi bicara peribadi, dalam pemberian pengampunan.


"Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.


"Kepentingannya ialah, Perkara 40(1A) meletakkan tanpa keraguan bahawa kuasa untuk memberikan pengampunan, di bawah perlembagaan, bukan 'prerogatif', kerana prerogatif hanya boleh wujud jika wujudnya budi bicara peribadi," katanya.


Bekas Presiden Majlis Peguam itu berkata demikian dalam hujahan permohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman mencabar pengurangan hukuman penjara dan denda terhadap Datuk Seri Najib Razak.


Badan Peguam bukan cabar kuasa Agong


Dalam hujahannya, Zainur juga menjelaskan bahawa Badan Peguam tidak mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan tetapi hanya proses membuat keputusan oleh Lembaga Pengampunan.


Pada prosiding itu, Mahkamah Tinggi membenarkan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah dalam permohonan kebenaran itu yang sepatutnya dibuat secara ex-parte (sebelah pihak), selepas memutuskan ia adalah kes kepentingan awam.


Hakim Datuk Ahmad Kamal bin Md Shahid kemudian memberikan masa kepada semua pihak memfailkan hujahan masing-masing dan menangguhkan prosiding kepada 18 September ini.


Pada 2 Februari lalu, Urusetia Lembaga Pengampunan mengumumkan Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, dengan denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.


Susulan itu, pada 26 April lalu, Badan Peguam memfailkan permohonan kebenaran itu dengan menamakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, serta Najib sebagai responden pertama dan kedua.


Badan itu juga memohon injunksi kekal menghalang bekas perdana menteri atau wakilnya daripada mengemukakan sebarang permohonan untuk pengampunan, tunda hukum atau lega hukum kepada Lembaga Pengampunan.


Turut dipohon, perintah larangan terhadap Lembaga Pengampunan untuk menerima, mempertimbangkan atau menentukan sebarang permohonan daripada Najib bagi pengampunan, tunda hukum atau lega hukum.


Permohonan injunksi dan perintah larangan itu adalah sehingga atau melainkan semua pendakwaan jenayah atau pertuduhan terhadap Najib selesai; Najib secara terbuka mengambil tanggungjawab atas tindakannya yang beliau telah disabitkan; dan beliau menyatakan keinsafan dan penyesalan atas tindakan berkenaan.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2024 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ok... PMX kena msk jail semula la sbb pengampunan oleh YDPA pd thn 2018 tak valid
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 12:45 AM | Show all posts
aint replied at 3-7-2024 12:04 AM
ok... PMX kena msk jail semula la sbb pengampunan oleh YDPA pd thn 2018 tak valid

inilah yg wak jahid mahukan....

hahahahar
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
tiber part bossku byk pulak alasan dan bunyi. semasa butter tkda pulak bingit mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Raja, Sultan & Agong dibonekakan saka tua.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 08:05 AM | Show all posts
hAHAHAH.. ini semua politik tahik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 3-7-2024 01:15 AM
tiber part bossku byk pulak alasan dan bunyi. semasa butter tkda pulak bingit mcm ni.

Busut busut french butter pun dah merengkuk lebih 10tahun jugak dlm cell...ini si kimak jibun belum sepertiga pun term served, burit dah menggatal nak keluar atau jalani tahanan dlm rumah?

Ptuiiiiii

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila tengok keadaan sekarang, rasanya ramai yg berterima kasih dgn atuk. Dia memang pandai membaca 'masa depan'.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuar penakot.. kalau najib keluar die jatuh... Bodoh lah nuar.. kalau die lepaskan najib, org lg ramai sokong die padahal .. penakot nk mampos .. naik nuar, cine2 kt malaysia ni naik tocang mcm xsbr sgt2 nak mencinakan malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 07:12 PM | Show all posts
None68: Raja, Sultan & Agong dibonekakan saka tua.

mcm bodoh je. 9 orang lawan 1 . tapi nak lantik 1 orang tu kena perkenan 1 dalam 9 org

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 07:14 PM | Show all posts
lostnfaun replied at 3-7-2024 12:12 AM
Bila tengok keadaan sekarang, rasanya ramai yg berterima kasih dgn atuk. Dia memang pandai membaca ' ...

ustaz don pun dah cakap awal2 9 tahun lepas.
ustaz don bimbang anwar jadi macam Polpot.
Khmer Rough tu zaman PolPot ni la.

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
aint replied at 3-7-2024 12:04 AM
ok... PMX kena msk jail semula la sbb pengampunan oleh YDPA pd thn 2018 tak valid

Yg ni iols setuju sgt2....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 07:17 PM | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 2-7-2024 05:15 PM
tiber part bossku byk pulak alasan dan bunyi. semasa butter tkda pulak bingit mcm ni.

kira kes liwat anwar tu betul la ya ?
sebab semenjak dia jadi PM takde pulak gi carik orang
yang sumbat dia dalam penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerbumpy replied at 3-7-2024 08:11 AM
Busut busut french butter pun dah merengkuk lebih 10tahun jugak dlm cell...ini si kimak jibun belu ...

Tahan dlm umah tu kira mcm WFH la kan? Blh la berjimbarama dgn kak mah, lain la kena pasung dalam toilet ka store barang2 dapur ka.... kunci plk warden jel yg pegang
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2024 11:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2024 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 3-7-2024 07:19 PM
Tahan dlm umah tu kira mcm WFH la kan? Blh la berjimbarama dgn kak mah, lain la kena pasung dalam  ...


Siap boleh mencrit bagi kakmah preggy lagi .
Muka tak tahu malu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.288501 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list