CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8985|Reply: 1

Empat samseng belasah ‘pak guard’ ditahan

[Copy link]
Post time 25-6-2024 10:51 PM | Show all posts |Read mode






KUCHING – Polis menahan empat daripada lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes merusuh dan mencederakan pengawal keselamatan di sebuah kolej di sini pada 19 Jun lalu.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, ia susulan tangkapan ke atas dua lagi suspek berusia 34 dan 40 tahun oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuching pada 22 Jun lalu di Jalan Penrissen, Padawan.


“Secara keseluruhan, kita menangkap empat suspek dan masih mengesan seorang lagi individu yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau memberitahu, tiga daripada suspek itu memiliki rekod jenayah kekerasan, dadah dan judi dalam talian, manakala dua lagi positif methamphetamine dan amphetamine.


Ahsmon berkata, kesemua suspek sudah dituduh di Mahkamah Kuching hari ini di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.


Sumber -KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2024 02:38 AM | Show all posts
Apa punca gado
Apa la jadi kat pakguard yang kena gulai ngan umngok yang anaknya terjun simminpul zaman kobid ke ari tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.387676 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list