CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8562|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK DUN Sungai Bakap buka tirai hari ini

[Copy link]
Post time 22-6-2024 08:01 AM | Show all posts |Read mode
PRK DUN Sungai Bakap buka tirai hari ini

22 Jun 2024 07:08am








Para petugas SPR melakukan persiapan menjelang hari penamaan calon PRK DUN N.20 Sungai Bakap di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Sungai Jawi. - Foto Bernama




NIBONG TEBAL - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap membuka tirainya pada Sabtu dengan penamaan calon berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.

Proses penamaan calon bermula pada jam 9 pagi dan calon diberikan tempoh sejam hingga 10 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan.



Selepas itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim akan mengumumkan nama-nama calon yang layak bertanding pada kira-kira 11 pagi.

Setakat semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan enam borang pencalonan sudah pun dijual.

SPR menetapkan hari mengundi awal bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 2 Julai ini manakala hari mengundi 6 Julai, dengan kempen akan berlangsung selama 14 hari bermula hari ini hingga jam 11.59 malam 5 Julai.

Pada Rabu lepas, Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menamakan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin sebagai ‘ayam tambatan’ mereka untuk merampas kerusi DUN itu manakala Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lepas, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Seramai 552 petugas telah dilantik bagi mengendali proses PRK itu manakala lebih 600 anggota polis ditugaskan untuk menjaga keselamatan.




Kerusi DUN Sungai Bakap dimenangi oleh Nor Zamri, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos tahun lepas menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Ini adalah PRK kelapan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu); PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai (Johor); PRK DUN Pelangai (Pahang); PRK DUN Jepak (Sarawak); PRK Parlimen Kemaman (Terengganu) dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor). -  Bernama.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.091740 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list