View: 7025|Reply: 9
|
Ikut Trend Nobita? Ramai Hairan Pelajar Bangga Tayang Keputusan Gagal SPM
[Copy link]
|
|
Hari Isnin (27 Mei) yang lalu merupakan hari yang mendebarkan buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di mana keputusan peperiksaan itu akan diumumkan.
Bagi kebanyakan mereka termasuk ibu bapa dan guru-guru, ia menjadi hari yang dinanti bagi melihat hasil usaha dan kerja keras selama ini.
Setelah keputusan diumumkan, dapat dilihat ramai pelajar berjaya memperolehi kejayaan. Malah, mereka turut berkongsikan berita gembira itu melalui platform di media sosial seperti TikTok, Facebook dan Aplikasi X.
Ramai Pelik Lihat Individu Bangga Kongsi Keputusan SPM Gagal Di Media Sosial
Namun, berbeza pula dengan seorang individu ini dengan bangganya berkongsi keputusan SPM yang gagal melalui platform TikTok.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan di aplikasi X, tular keputusan seorang calon SPM 2023 yang mendapat G bagi enam subjek selain gagal hadir bagi dua lagi subjek iaitu Pendidikan Seni Visual dan Perniagaan.
Apa yang menjadi perhatian warganet adalah tindakan pelajar berkenaan dilihat seolah-olah berbangga dan tidak malu dengan keputusan yang diperolehinya.
“Bukan nak downgrade tapi otak saya tak boleh hadam macam mana budak sekarang asyik buat posting keputusan diorang macam ni?
“Kalau saya, malu gila ye bahasa sendiri pun gagal. Satu hari nanti, diorang akan sedarlah kot betapa ilmu ni penting ye,” tulis wanita berkenaan.
Hantaran Turut Tular Di Facebook
Malah, posting keputusan SPM itu turut tular di Facebook. Menerusi tangkap layar yang dikongsikan di akaun Facebook Si Cencorot, jelas pemilik akaun berkenaan kesal dengan tindakan pelajar berkenaan.
Ini kerana dia berpendapat perbuatan pelajar itu yang gagal SPM dan menayangkan keputusan itu di media sosial adalah tidak patut.
Dia juga turut mempersoalkan keputusan yang diperolehi oleh pelajar berkenaan yang dilihat seolah-olah tidak berusaha untuk memperolehi keputusan yang baik sebagai membalas jasa kedua ibu bapanya yang telah banyak berkorbanwang ringgit.
“Selama 11 tahun mak ayah membelanjakan hasil keringat 4 kerat tulang untuk melihat kau berjaya, namun kau memilih untuk gagal. Apa perasaan mak ayah?
“Balik rumah, tanya mak ayah berapa puluh ribu dah habiskan untuk kau seorang. Yuran sekolah, belanja harian, belanja barangan ko-kurikulum dan sebagainya. Tanya dik.
“Pegang tangan mereka, tengok kulit mereka yang semakin menua dimamah usia. Itulah tangan yang membanting tulang berusaha keras membesarkan kau supaya menjadi orang yang wawasan, berpendidikan, berpelajaran, berakhlak.
“Kalau ada yang skor tak apa dik, ni bahasa Malaysia pun kau gagal, apa cerita ni dik?
“Kurang kurang, paling busuk pun C atau B kalau namanya dah USAHA. Itu baru layak dikatakan USAHA,” tulis pemilik akaun Facebook di ruang kapsyen.
Hantaran Tarik Perhatian Warganet
Kedua-dua hantaran itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-ratanya mengecam pemuda berkenaan yang dilihat tiada rasa malu dan bangga dengan keputusan SPM itu.
Malah, ada warganet yang menzahirkan rasa kasihan kepaba ibu bapa pelajar berkenaan kerana telah banyak berkorban namun anaknya itu dilihat seolah-olah tidak menghargai pengorbanan yang dibuat. |
|
|
|
|
|
|
|
aduh.. kesian parents..apelah objektif hidup budak2 ni..kalau BM pon G..speechless |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you, I will definitely try to use this |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|