CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8220|Reply: 0

Jerman yakin mampu beri impak di Euro 2024

[Copy link]
Post time 28-5-2024 11:47 AM | Show all posts |Read mode

Pengendali Jerman, Julian Nagelsmann mahu skuad kendaliannya mempamerkan aksi bola sepak yang menghiburkan. - Foto AGENSI

BLANKENHAIN, Jerman: Kemenangan Jerman ke atas Perancis dan Belanda pada Mac lalu membuktikan tuan rumah Euro 2024 itu berhak meletakkan diri mereka dalam kalangan pesaing kejuaraan.

Ketika kem latihan sementara di Thuringia - sebelum berpindah ke Bavaria minggu depan - pengarah sukan Jerman, Rudi Voller berkata, Jerman menunjukkan isyarat peningkatan.

"Saat penting dalam perkembangan kami adalah dua perlawanan (persahabatan) terakhir pada Mac. Kami sedar selepas tiga setengah bulan (di bawah kendalian Julian Nagelsmann), kami merakam dua kemenangan meyakinkan.

"Ia petanda positif. Kita tidak boleh terlalu teruja dengannya tetapi perlu ada sikap positif," kata Voller dalam sidang akhbar bersama pengendali Jerman, Nagelsmann.


Juara Eropah tiga kali itu gagal memberikan impak di kejohanan antarabangsa sejak kemenangan Piala Dunia 2014, dan terdesak untuk membuktikan sesuatu di hadapan penyokong sendiri.

Mereka tersingkir di pusingan pertama dalam dua edisi Piala Dunia lalu, dan gagal melepasi peringkat 16 terakhir Kejuaraan Eropah pada tahun 2021.

Skuad awal Jerman masih belum lengkap menjelang kem latihan pertama dengan pemain-pemain dari kelab juara domestik berganda, Bayer Leverkusen akan tiba beberapa hari lagi.

Pemain-pemain Jerman yang beraksi pada final Liga Juara-Juara Eropah untuk Real Madrid dan Borussia Dortmund akan menyertai kem latihan minggu depan.

Ketika Voller dan Presiden Persatuan Bolasepak Jerman, Bernd Neuendorf mensasarkan kejuaraan, Nagelsmann berkata pasukan kendaliannya juga mahu menyajikan bola sepak menarik untuk peminatnya.

Jerman akan membuka saingan menentang Scotland, diikuti Hungary dan Switzerland dalam Kumpulan A.

Mereka akan mengharungi dua lagi aksi persahabatan - menentang Ukraine pada 3 Jun dan Greece empat hari kemudian - sebelum kejohanan bermula dari 14 Jun hingga 14 Julai.

"Kami mahu menampilkan bola sepak yang menyeronokkan. Tiket-tiket memakan belanja. Anda perlu membalasnya dengan bola sepak yang menyeronokkan dan menghiburkan. Jika kami teruja, peminat-peminat juga turut teruja," kata Nagelsmann. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... -impak-di-euro-2024
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.079630 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list