View: 10442|Reply: 0
|
Ini belum JDT yang sebenar - Bidoglio
[Copy link]
|
|
Pemain JDT Syahmi Safari (kiri) menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur City FC Azri Ghani dalam saingan Liga Super di antara Kuala Lumpur City FC dan JDT di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. - Bernama
KUALA LUMPUR: Walaupun membelasah Kuala Lumpur (KL) City, pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio memberi bayangan bahawa ia masih belum persembahan terbaik Harimau Selatan.
Kemenangan 5-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam menyaksikan JDT kembali ke puncak Liga Super dengan mengumpul sembilan mata selepas tiga perlawanan.
Bidoglio bagaimanapun menganggap persembahan yang ditampilkan pasukannya masih di tahap 50 peratus dan berharap dapat melihat persembahan lebih cemerlang dari Harimau Selatan dalam perlawanan akan datang.
Malah, pengendali dari Argentina itu yakin corak permainan anak buahnya sentiasa akan meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan kerja keras yang dilakukan mereka.
"Hari ini mereka beraksi dengan baik, persembahan yang bagus. Separuh masa pertama mungkin kami mempunyai banyak peluang tetapi hanya meledak dua gol. Namun, babak kedua pasukan beraksi dengan sangat baik.
Pemain JDT Bergson da Silva (dua, kanan) diasak pemain Kuala Lumpur City Giancarlo Gallifuoco (kanan) dalam saingan Liga Super di antara Kuala Lumpur City FC dan JDT di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. - Bernama
"Saya tidak pernah berasa selesa dengan pasukan saya dan saya sentiasa mahu lebih lagi. Saya yakin kami akan menjadi lebih baik setiap minggu, saya yakin sebab saya lihat bagaimana mereka berlatih dan bekerja.
"Saya tahu JDT meningkat dari hari ke hari dan untuk masa yang akan datang saya berharap untuk melihat JDT yang cemerlang," katanya.
Baru beraksi dua perlawanan untuk musim ini, kekalahan di gelanggang sendiri itu meletakkan KL City di tangga ke-10 liga dengan mengumpul satu mata hasil keputusan seri 1-1 berdepan Kuching City, 12 Mei lalu.
Sementara itu, pengendali KL City, Miroslav Kuljanac menyifatkan masalah kecederaan yang membelenggu beberapa pemainnya menjadi antara faktor mereka sukar mempamerkan persembahan lebih baik.
Pemain Kuala Lumpur City FC Paulo Josue (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya dalam saingan Liga Super di antara Kuala Lumpur City FC dan JDT di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. - Bernama
"Perlawanan yang sukar bagi kami, namun pemain sudah memberikan yang terbaik dan saya gembira dengan sikap mereka. Paling kurang sejam kami berjuang dan selepas JDT meledak gol ketiga, ia mengubah segalanya," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ng-sebenar-bidoglio |
|
|
|
|
|
|
| |
|