CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 7701|Reply: 0

Lagi kes asid! Wanita diberkas kerana simbah asid, tikam suami

[Copy link]
Post time 15-5-2024 08:13 AM | Show all posts |Read mode






BANGKOK –  Pasukan komando polis Thailand menahan seorang wanita atas dakwaan menyimbah asid pada suaminya kerana mangsa  berlaku curang, lapor laman berita Thaiger hari ini.


Polis memberkas suspek semalam di wilayah Kanchanaburi atas tuduhan menyimbah asid dan melakukan serangan pisau.


Somjit Subsiri, 45, dilaporkan melakukan perbuatan itu pada 13 Ogos tahun lalu di sebuah rumah di Bangkok.


Menurut polis, ketika kejadian, pasangan suami isteri itu bertengkar selepas suspek mendapat tahu kecurangan mangsa.


Suspek bertindak menyimbah asid pada suaminya,  menyebabkan badan mangsa melecur.


Namun, ketika lelaki berkenaan  berlari ke tandas untuk membersihkan dirinya, suspek mengambil sebilah pisau dan menikam mangsa sebelum melarikan diri.


Mangsa dibawa ke hospital dan mengalami kecederaan parah, namun keadaannya stabil.


Kejadian itu lambat dilaporkan, manakala polis mengeluarkan waran tangkap terhadap wanita itu  pada 16 Februari lalu. Hasil  siasatan mendapati suspek telah melarikan diri ke wilayah Kanchanaburi.


Wanita itu akhirnya ditahan dan didakwa dengan tuduhan cubaan membunuh. Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup atau 15 hingga 20 tahun. – AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2025 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.077359 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list