CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4794|Reply: 0

[Terengganu] Projek ECRL dirancang minimum kerosakan alam sekitar

[Copy link]
Post time 11-5-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode

Kerja pemasangan landasan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) minimum kerosakan alam sekitar. - Foto ihsan MRL



KUALA TERENGGANU: Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion direka bentuk dengan mengelak menyentuh sebarang kawasan hutan simpan, sumber air dan habitat hidupan liar.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, langkah itu bagi meminimum sebarang kacau ganggu kepada alam sekitar.

Beliau berkata, projek ECRL juga mematuhi garis panduan dan syarat termasuk Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan Pelan Kawalan Hakisan dan Endapan (ESCP) yang masing-masing dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi memelihara alam sekitar dan menjaga kepentingan orang awam ketika fasa pembinaan jajaran infrastruktur nasional itu.

Katanya, reka bentuk jajaran ECRL turut merangkumi pembinaan sebanyak 41 buah terowong, kira-kira 145 kilometer laluan bertingkat serta 28 lintasan hidupan liar di lokasi yang strategik di sepanjang jajaran relnya.


"Pasukan projek ECRL juga bekerjasama dengan PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) bagi memastikan Pelan Pengurusan Hidupan Liar yang diluluskan untuk projek ECRL dapat dilaksanakan secara efektif.

"Inisiatif yang dijalankan termasuk tinjauan hidupan liar dan pemasangan perangkap kamera di sepanjang jajaran rel untuk mengenal pasti populasi hidupan liar.

"Pelaksanaan Pelan Pengurusan Hidupan Liar ini penting terutamanya sebagai perlindungan kepada hidupan liar semasa fasa pembinaan projek ECRL serta aspek keselamatan laluan kereta api semasa peringkat operasi tren ECRL kelak, " katanya.

Beliau berkata demikian ditemui media pada Program Pemuliharaan Sungai Derhaka sempena Sambutan Hari Bumi 2024 di Kampung Sungai Derhaka, di sini, hari ini.

Pada program itu, diadakan aktiviti membaling bebola lumpur yang mengandungi mikroorganisma berfaedah bagi meningkatkan kualiti air sungai dan menguraikan segala bahan punca pencemaran di dalam air.

Turut diadakan, aktiviti menanam anak pokok nipah di tebing Sungai Derhaka dan penjualan minyak masak terpakai oleh ahli komuniti Kampung Sungai Derhaka kepada kontraktor yang berdaftar.

Darwis berkata, sehingga April lalu, pembinaan projek ECRL yang membabitkan empat

negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor mencatat kemajuan keseluruhan sebanyak 65.36 peratus.

Katanya, pembinaan Projek ECRL di Terengganu juga lancar dan mencapai kemajuan sebanyak 82.3 peratus sehingga April lalu.

"Tahap kemajuan projek yang sangat memuaskan akan membolehkan pembinaan jajaran infrastruktur nasional ini dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor disiapkan menjelang Disember 2026 dan pengoperasian ECRL bermula Januari 2027.

"Insya-Allah dalam masa 32 bulan saja, warga Kuala Terengganu dapat menaiki tren ECRL

untuk ke ibu kota dengan masa perjalanan kurang daripada tiga jam berbanding sekitar lima jam melalui jalan darat atau sehingga 10 jam semasa musim perayaan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... osakan-alam-sekitar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.797815 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list