CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7793|Reply: 15

[Tempatan] Ibu bapa gesa ustaz lempang, cekik murid dipindahkan segera

  [Copy link]
Post time 10-5-2024 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Ibu bapa gesa ustaz lempang, cekik murid dipindahkan segera
Oleh MUHAMMAD ZIKRI
10 Mei 2024, 3:21 pm



SITI NUR HAFIZA menunjukkan pipi kanan anaknya yang ditampar ustaz yang ‘naik angin’ dalam kejadian di sebuah sekolah agama di Pontian, Johor, Rabu lalu.


PONTIAN – Ibu kepada salah seorang murid yang menjadi mangsa kekerasan guru lelaki di sebuah sekolah agama di sini berharap pihak pengurusan sekolah mengambil tindakan memindahkan segera tenaga pengajar terbabit.

Siti Nur Hafiza Sayid Abu Bakar, 28, berkata, anaknya yang berusia 11 tahun (Nur Alif Asyraf Abdullah) trauma dan takut untuk ke sekolah khuatir dimarahi lagi guru berkenaan.

Katanya, dengan cara demikian sahaja, murid-murid tidak merasa bimbang untuk ke sekolah kerana takut perkara yang sama berulang lagi jika ada masalah berlaku antara guru dengan guru tersebut.

“Saya tidak sangka kejadian ini berlaku ke atas anak saya dan tiga lagi rakannya, biarpun mereka buat salah, tetapi guru tersebut tidak boleh mengambil tindakan kasar sedemikian.

“Ada cara lebih baik, panggil dan beri nasihat dekat budak-budak yang buat salah bukannya pukul, tampar dan cekik murid sesuka hati,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Siti Nur Hafiza berkata, kejadian itu menyebabkan anaknya lebam pada pipi kanan Asyraf akibat ditampar oleh guru berkenaan pada hari kejadian.

Katanya, dia telah mendapat pemeriksaan lanjut di Hospital Pontian petang kelmarin.

Dalam kejadian Rabu lalu, seorang guru agama ‘naik angin’ bertindak mencekik, menampar serta menumbuk empat murid selepas murid terbabit mengintai cikgu berkenaan menghisap rokok di dalam stor sebuah sekolah agama di Pontian.

Dalam pada itu, seorang lagi ibu kepada mangsa, Hasnah Ahmad, 44, anak lelakinya berusia 10 tahun turut dilempang pipinya oleh guru tersebut seperti ‘naik minyak’ disebabkan kesalahan yang dilakukannya sendiri. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pindah? Ni patut kena buang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sekolah agama swasta ke ni?
kalau ya tak heran la..
cikgu pun tangkap muat ja
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 04:06 PM | Show all posts
mimik muka dgn mata dia




Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka ank dia mcm akal panjang
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 06:30 PM | Show all posts
sebelum pindah, harap ibu bapa tampor sedas dua ustaz bangsat tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2024 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukup rotan bontot.
ni sampai cekik melampau betol.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pindah ke tempat lain pastu dia cekik lempang anak org sana pulak. Baik just let go je lah.  Tapi rupa anak dia pun cam sama je naik nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2024 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur ustaz ustazah i dulu baik2 belaka. Takde baran2 macam ni. Helok2 plak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
wahhh ustaz time mengajar sempat lagi hisap rokok. ingatkan bdk2 tu buat peel keji rupanya tenaga pengajar yg hangsuang.
dah tau salah buat lagi kesalahan pukul anak org. naharomm punya ustaz.
btw, muda nau mak bdk tu baru 28 anak dah 11thn, takkan beranak umur 17???
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dang..they deserve it..sape suh skodeng kahkahkah



RiP
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 10-5-2024 09:02 PM

Memang tak patot la lempang dan cekik anak orang serope naek hantoo macam pokcik masjid cekak budak terlanggar kaki masa solat kat masjid tu, tapi perangai anak ko skodeng org lain serope skodeng org mandi betul sangat ke? Skodeng berjemaah pulek tu!

Nasib baek tak skodeng orang lain memerut dalam jamban busok! Kecik2 dah pandai skodeng ya.

Aku dulu tak berani pon nak sapa chegu apatah lagi nak ngintai chegu buat apa2 dalam tempat tertutop mahupon langgor peraturan sekolah. Dan aku benci namampos bebudak nakal camni, sebab hada pengalaman burok dengan budak perangai lahnat gini
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 10-5-2024 08:02 PM
wahhh ustaz time mengajar sempat lagi hisap rokok. ingatkan bdk2 tu buat peel keji rupanya tenaga pe ...

Anak angkat or anak edisi calculator (hence bin Abdullah?)
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz tu tgh perasap hantu dia. Korang pegi ngintai buat hape
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:00 AM | Show all posts
Anak org dibuat macam tu. Anak sendiri tak tahu laa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 11-5-2024 08:39 AM

Muka mak budak yang skodeng ni memang nampak x puas hati betul. Jadi dah buat laporan polis atau belum? Tapi Kalau panggil wartawan untuk viral, saya nak “mmmmmmmm” kan je

Daripada tunggu cikgu tu kene pindah, baiklah pindahkan anak dia je.. anak dia mesti x selesa nak pergi sekolah lepas ni

Nama sekolah x tulis, alang2 panggil wartawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.072526 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list