View: 8136|Reply: 100
|
Lagu catchy dan bersahaja, "Bea sobar bea" meniti di bibir
[Copy link]
|
|
Lagu Cinta Setandan Pisang yang catchy dan lirik bersahaja menjadi sebutan ramai sejak kebelakangan ini. Boleh dikatakan lagu ini 'sama naik' dengan lagu Alamak Raya Lagi! yang dipopularkan oleh kumpulan De Fam.
Masing-masing cetus fenomena tersendiri. Bezanya jika lagu Alamak Raya Lagi! dinyanyikan trio gadis jelita yang diwakili Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana dihasilkan sempena Aidilfitri.
Manakala lagu Cinta Setandan Pisang atau dijenamakan semula menjadi 'Bea Sobar Bea' pula dendangan Eda Ezrin dan Den Manjo ini sesuai dinyanyikan bila-bila masa.
Jika lagu Alamak Raya Lagi! nyanyian kumpulan De Fam turut mencetus fenomena di seluruh dunia, kita percaya lagu Cinta Setandan Pisang juga mampu melakar sejarah tersendiri.
Lagu Cinta Setandan Pisang yang diluncurkan sejak tahun lalu, namun semakin kerap didengari sejak awal Aidilfitri lalu.
Malah, lagu mengetengahkan dialek Kelantan ini turut berada di tangga pertama carta muzik TikTok Malaysia serta menjadi pilihan pengguna sosial media sebagai lagu tema video dimuat naik.
Di saluran YouTube Kijang Music, lagu ciptaan Eddie Hamid manakala lirik oleh Mama Ana dan Fadhil Turbo itu menarik lebih 5.2 juta tontonan.
Tidak dinafikan sentuhan komposer terkenal Eddie Hamid yang cukup popular dengan lagu jiwang diadun dengan lirik yang ringkas serta mempunyai makna mendalam menyebabkan lagu ini mudah melekat di bibir masyarakat.
Boleh dikatakan Eda Ezrin antara penyanyi paling Top menyanyikan lagu dialek Kelantan buat masa ini.
Sekalipun mengetengahkan lagu dialek negeri Cik Siti Wan Kembang ia tidak dinafikan mudah diterima dalam kalangan pelbagai lapisan usia dan kaum.
Lebih menarik lagi walaupun menggunakan perkataan atau dialek Kelantan yang jarang digunakan masyarakat di negeri itu sendiri seperti 'lobey' atau bermaksud nakal atau liar ia bukan menjadi masalah besar untuk pendengar memahami maksudnya hingga membuatkan ramai pendengar tertanya-tanya mengenai lirik atau maksud lagu berkenaan.
Kita perhatikan ada juga beberapa lagu dari pantai timur yang menggunakan dialek atau perkataan klasik. Malah, boleh dikatakan jarang digunakan masyarakat dalam perbualan harian masa kini di Kelantan.
Bahkan ada juga dalam kalangan peminat muzik yang memuji karya dari negeri pantai timur yang mengekal keaslian dan dialek bahasanya.
Lagu seperti Cinta Setandan Pisang misalnya tidak dinafikan mempunyai makna mendalam dan berunsur nasihat hingga ada yang membayangkan kebangkitan semula bagi lagu dari Kelantan.
Sebelum ini beberapa lagu popular dari Kelantan antaranya Dikir Rambong, Anak Tupai dan banyak lagi menjadi pilihan ramai.
Secara tak langsung ia mendorong beberapa lagu seperti ini dihasilkan dalam pelbagai versi dan dinyanyikan semula oleh beberapa artis terkenal tempatan, sekali gus mengikut trend semasa.
Bukan hanya bersandar kepada populariti di media sosial sebaliknya rentak dan lirik yang ditampilkan itu sendiri mudah diterima.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bea sobar bea..yg tu je i tahu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau e demo tulis ea, kalau o demo tulis oe, kalau u demo tulis ue, kalau i demo tulis iey, demo ni skoloh ko dok? Ngaji bahaso pah ko yu kelik semboh sek sumbak jugok. |
|
|
|
|
|
|
|
Eda Edzrin ni macam muka Leez AF sikit. Ingatkan dia.
Btw, bahasa direct gini buat mesej ngan jiwa lagu ni sampai betul kat pendengar. Patut la poplar berjuta2 views. |
|
|
|
|
|
|
|
yang i nampak gelang dgn ketet je..
memang stail K E L sangat |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 9-5-2024 02:44 PM
I hate this song
Aku suka, hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Sori rasa muak dengar lagu ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
One hit wonder je ni…memula best dgr tp byk fyp kt TT jd meluat lak dgr..sentuhan eddie hamid masih lg berbisa ye. Lagu dia tantari tu pon best gak.. skrg naik lagu suaka niskala tu plak..unik+ghetto..lagu macha2 tu pon bosan dgr dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
rempit gila lagu ni..kalau ada reels kat ig memang aku block terus |
|
|
|
|
|
|
|
Dah suria pun dok sama naik putar lagu ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 9-5-2024 11:52 PM
Dah suria pun dok sama naik putar lagu ni.
Lama2 geli telinga dengar. Walaupun aku kelantanese. Lagi suka dengar dikir barat pasal baldi, anak tupai, anak tupai 2.0, keretapi dan banyak lagilah. Dikir yg +ve vibe ni dengar dulu baru perasan maksud lagu. Bukan lagu dikir lirik yg mengarut.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 10-5-2024 12:00 AM
Lama2 geli telinga dengar. Walaupun aku kelantanese. Lagi suka dengar dikir barat pasal baldi, ana ...
Lama dah tak dgr lagu2 penyanyi Kelantan ni...Adik Wani..Eda Ezrin dan yg seangkatan dengannya..time tu yg penyanyi pompuan semua masih free hair baju ketat joget2...
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 9-5-2024 10:48 PM
yang i nampak gelang dgn ketet je..
memang stail K E L sangat
Ye, malu tgok ketet beso mcm lendut pon ade |
|
|
|
|
|
|
|
dengar versi pendek best tpi versi full x best |
|
|
|
|
|
|
|
Nope. Just nope. |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 9-5-2024 10:44 PM
I hate this song
Sama . Alamak pun sama. Jemu dgr |
|
|
|
|
|
|
|
Baik la aku dengar dikir anak tupai.
Lg best. |
|
|
|
|
|
|
| |
|