CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4762|Reply: 0

[Sarawak] Dua cedera nahas dua kenderaan di Bau

[Copy link]
Post time 30-4-2024 01:13 PM | Show all posts |Read mode


Anggota bomba membantu mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit dalam nahas dua kenderaan di Kampung Skiat Baru, Jalan Skiat di Bau awal pagi tadi. - Gambar JBPM

KUCHING: Dua individu cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kampung Skiat Baru, Jalan Skiat di Bau, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 6:50 pagi.

Menurutnya, pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima laporan terbabit.

"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan dan salah seorang mangsa berusia 26 tahun masih tersepit di tempat duduk pemandu akibat kemalangan itu.

"Manakala seorang lagi mangsa lelaki, 43, iaitu pemandu sebuah lagi kenderaan telah keluar dari kenderaannya sebelum ketibaan bomba," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi operasi menyelamat, jelasnya, komander operasi membuat "size up" dan mengarahkan PKO melakukan kerja-kerja penyelamatan menggunakan peralatan khas "rescue tool" bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Wanita itu berjaya dikeluarkan pada 7:25 pagi dan diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tindakan selanjutnya.

Ujarnya, PKO seterusnya membuat pembersihan jalan akibat sisa kemalangan dan operasi ditamatkan pada 7:55 pagi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.048543 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list