CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4518|Reply: 0

[Sarawak] Pusat Sokongan Sosial Komuniti bakal ditubuhkan di setiap bahagian

[Copy link]
Post time 30-4-2024 01:01 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah (tengah) ditemani Dr Zufar (kanan) melihat beg straw yang unik rekaan Eureka by Azza salah satu vendor yang menyertai Seni Kita.

KUCHING: Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) bakal ditubuhkan di setiap bahagian di negeri ini untuk pembangunan kesejahteraan masyarakat.

Demikian kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah ketika berucap merasmikan penutupan Seni Kita di CSSC, Jalan Abell hari ini.

"Melihat kepada kejayaan premis CSSC di sini, kita juga sekarang sedang menunggu CSSC di Sibu yang sedang dalam proses penyiapan tidak lama lagi.

"Sementara yang di Miri kita masih sedang mengenal pasti tapak yang bersesuaian untuk menempatkan CSSC ini," katanya.

Menurut beliau juga, pihaknya enggan menempatkan pusat berkenaan dalam sesebuah kawasan yang sukar diakses oleh semua orang.

Adalah ideal jika pusat tersebut dapat diakses oleh semua orang dan berupaya menjalinkan kerjasama atau idea untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik atau memerlukan, tambah beliau.

CSSC merupakan garapan idea hasil daripada lawatan pihaknya ke beberapa negara di Eropah sebelum ini.

Fatimah ketika menyentuh mengenai program turut meminta agar lebih banyak aktiviti daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijalankan di pusat-pusat berkenaan secara percuma bagi manfaat ramai.

Pada masa yang sama menggalakkan usahawan muda berjinak-jinak dan memperkenalkan idea kreatif mereka kepada khalayak umum.

"Kita gembira melihat CSSC dimanfaatkan oleh Seni Kita sambil menampilkan kreativiti anak muda, mereka juga bekerjasama dengan Persatuan Kesihatan Mental bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.

"Kita harap lebih banyak program melibatkan kerjasama dengan persatuan-persatuan lain diadakan pada masa akan datang, sebagai pendedahan dan membincangkan tentang isu-isu sosial yang perlu diberi perhatian," jelasnya.

Beliau pada majlis yang sama juga memperjelaskan pembangunan fizikal Sarawak perlu diseimbangkan dengan pembangunan sosial dan permasalahannya ditangani dengan baik.

Katanya, pada 30 April ini selepas mesyuarat kabinet diadakan pihaknya akan mendengar pembentangan daripada Swinburne University berkaitan penyelidikan Indeks Kesejahteraan Sosial.

"Kita mengambil berat tentang Indeks Kesejahteraan Sosial, seperti yang saya katakan kami ingin memastikan Sarawak berkembang secara holistik, dari segi ekonomi, infrastruktur dan pembangunan sosial," jelasnya.

Hadir sama Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial (MPS) Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah dan yang lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.046979 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list