CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2947|Reply: 5

[Tempatan] Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal

  [Copy link]
Post time 29-4-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Seorang rakyat Malaysia bukan Islam, P Tanabalan, 37, yang menyertai kembara motosikal ke Makkah bersama 18 individu lain sejak 20 Mac lalu berjaya tiba di Madinah pada Sabtu selepas 40 hari ekspedisi itu.

Pemuda yang bertugas sebagai pembaca meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu berkata, dia amat gembira menyertai Jelajah Silaturahim tersebut walaupun baru kali pertama mencuba bagi jarak perjalanan yang jauh.


"Selamat sampai di Madinah dengan motosikal, ini matlamat utama saya menyertai Jelajah Silaturahim.

"Saya berjaya lakukannya, ramai saudara Islam dan rakan-rakan membantu dari segi kewangan untuk melancarkan perjalanan. Terima kasih kepada semua yang membantu," katanya kepada Sinar Harian.


Tanabalan merakam gambar ketika tiba di Dubai.
Tanabalan berkata, dia memang aktif menunggang motosikal sejak 10 tahun lalu secara solo dan berkumpulan ke Sabah, Sarawak, Brunei, Indonesia (Kalimantan), Thailand, Laos, Vietnam dan Kemboja.

Bagaimanapun katanya, ini merupakan kembara paling jauh dan mempunyai cabaran tersendiri namun menyeronokkan.


"Ada lokasi tidak dibenarkan orang bukan Islam masuk, saya tidak akan pergi.

"Macam kembara ini sepatutnya ke Makkah tapi saya hanya mengikutinya sampai di Madinah bagi melihat bangunan dan budaya masyarakat Arab," katanya.

Pada 30 September 2019, Sinar Harian melaporkan Arab Saudi meraikan visa pelancong untuk semua pelawat dari seluruh dunia.

Pengerusi Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi (SCTH), Ahmad Aqil Al-Khatib berkata, pihaknya mengalu-alukan pelancong kerana menjadi sumber pendapatan utama dan mesin bagi mewujudkan banyak pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Visa pelancong juga tidak mengecualikan mana-mana agama atau kepercayaan dan pelancong boleh melakukan lawatan berganda sepanjang tahun dengan syarat setiap lawatan tidak melebihi 90 hari.




Kumpulan yang menyertai Jelajah Silaturahim.
Tanabalan yang menunggang motosikal jenama Honda RS 150cc berkata, dia suka menjelajah dunia bagi mencari pengalaman hidup dan menambah ilmu pengetahuan.

Menurutnya, misi jelajah negara yang dilakukan tidak memandang perbezaan agama sebagai halangan kerana dia sangat menghormati peraturan di semua tempat.

"Sebelum ini saya juga sudah biasa melawat tempat ibadah agama lain seperti masjid, gereja dan tokong Buddha untuk melihat tempatnya bagi menambah pengetahuan kerana kita hidup di Malaysia berbilang kaum serta agama yang saling menghormati," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 05:34 PM | Show all posts
Ingatkan di Madinah tidak diperbolehkan non-muslim hadir di situ. Apa pun semoga Thanabalan dpt melihat keagungan Masjid Nabawi dn tempat2 bersejarah yg ada kaitan dgn Rasulullah.
Bagaimana pula dgn ke Mekah. Adakah kini Mekah juga terbuka kpd lawatan non-muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 29-4-2024 05:34 PM
Ingatkan di Madinah tidak diperbolehkan non-muslim hadir di situ. Apa pun semoga Thanabalan dpt meli ...

ada area "tanah haram" kat mekah & madinah yg bukan islam tak boleh masuk. Bukan keseluruhan Madinah (dan Mekah juga)
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
iols teringat kawan iols yg ke sabah sebab lari dari hutang ajak iols berbasikal pergi ke rusia.. apapun jaga diri utk semua yg join kembara ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga beliau dapat melihat kebesaran tuhan sepanjang perjalanan dan mendapat hidayah..
Amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.271853 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list