CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 1

[Jenayah] ‘Confident level’ naik mencanak, wanita sedar sesuatu lepas kahwin! Minta ibu bapa rajin puji anak perempuan, besar nanti tak mudah ‘cair’

[Copy link]
Post time 28-4-2024 07:18 AM | Show all posts |Read mode
PASANGAN yang sudah mendirikan rumah tangga akan merasa nikmatnya bercinta secara halal selepas berkahwin.

Mempunyai teman sehidup semati sehingga ke akhir hayat merupakan satu anugerah yang tidak semua orang berpeluang untuk merasainya.

Namun, melalui satu hantaran tular di laman X, seorang wanita yang baru berkahwin tampil berkongsikan satu perkara mengenai kehidupan selepas dia sah bergelar isteri.

Menurut wanita itu, tahap keyakinan dalam dirinya mencanak naik susulan suaminya kerap memberikan pujian.

Jelasnya lagi, sudah menjadi lumrah untuk kaum Hawa mendambakan pujian dan pengiktirafan ke atas diri mereka.

"Saya cakap betul, memang self-esteem saya selepas bernikah naik mendadak. Mulut suami tak pernah lekang daripada memuji saya.

"Jadi dekat sini saya nampak satu benda yang mungkin ramai tak perasan. Kepada ibu bapa di luar sana, rajin-rajinkanlah memuji dan berkata baik dengan anak perempuan anda. Ia akan membuatkan mereka rasa dihargai.

"Ini supaya apabila mereka besar nanti, tidaklah mereka terhegeh-hegeh mendapatkan kasih sayang daripada lelaki di luar sana yang entah siapa," terang wanita itu.

Tambahnya lagi, kaum Adam di luar sana, walaupun bukan semua, tetapi kebanyakannya akan mengambil kesempatan ke atas gadis yang berjiwa 'kosong' ini.

Maka dari situ, ia boleh menjadi punca kepada keruntuhan akhlak generasi muda, khususnya kelompok wanita.

Dalam pada itu, warga maya lain turut menyokong perspektif yang dikemukakan, selain berpendapat pembentukan sahsiah seorang wanita harus bermula sejak kecil.

"Ibu bapa saya bercerai waktu saya masih kanak-kanak. Sekarang dah besar, saya rasakan macam tiada siapa pun yang berbangga dengan pencapaian hidup saya. Apa perasaannya untuk ada keluarga yang menyayangi kita?

"Benar apa dikatakan, parent saya sibuk dan jarang luangkan masa dengan saya. Jadi apabila ada lelaki miang yang cuba mengurat, memang saya mudah cair. Dipujinya saya jelita, pandai dan sebagainya.

"Saya tahu je mereka tak ikhlas pun memuji dan mempunyai niat lain yang tersembunyi, tapi sebab saya jarang menerima kata-kata positif, saya mudah terpengaruh.

"Sedih saya baca kisah rakan wanita saya yang bernasib sebegini, ia adalah satu kitaran. Anak tak boleh memilih ibu dan ayahnya, tapi kita sebagai wanita boleh pilih suami yang bertanggungjawab," kata sebahagian warga maya.

                                                                                Setiap wanita suka dipuji dan dihargai oleh orang sekeliling. -Gambar hiasan        
            



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2024 10:40 AM | Show all posts
pmpn ni belum tau, antara tanda2 si somi tu nak kawin lain, mulut dia akan sentiasa memuji bininya, smpai kembang hidung..

hahaa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.068891 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list