CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 0

[Tempatan] Bas dari Thailand dibenar masuk Kelantan

[Copy link]
Post time 27-4-2024 08:04 PM | Show all posts |Read mode
PATTANI: Kerajaan memutuskan bas pelancongan dari Thailand dibenarkan masuk ke Kelantan berkuat kuasa kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor, berkata berita gembira itu diputuskan Kementerian Pengangkutan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri, Anthony Loke berhubung perkara itu.

"Saya baru saja dikhabarkan berita gembira ini bahawasanya bas pelancongan dari Thailand dibenarkan masuk ke Kelantan.

"Bagaimanapun, bas pelancongan terbabit perlu masuk melalui ejen pelancongan yang terdapat di Kelantan dan perlu mengisi borang yang disediakan iaitu borang permohonan lintas sempadan.

"Kita mempunyai 55 syarikat ejen pelancongan dan semua senarai berkenaan akan diberikan kepada pihak pelancongan Thailand bagi memudahkan mereka memilih ejen mana yang mereka mahu," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Festival Asean di sini, semalam

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, bas pelancongan berkenaan hanya dibenarkan masuk ke Kelantan dan tidak boleh sampai ke negeri lain termasuk Terengganu.

"Setakat ini kerajaan buat keputusan masuk ke Kelantan memandangkan kita memohon sempena Tahun Melawat Kelantan tahun ini. Dengan keputusan ini kita yakin ramai pelancong dari Thailand akan datang ke Kelantan.

"Pada masa sama, saya akan mengadakan perbincangan dengan ejen pelancongan di Kelantan supaya tidak mengenakan harga yang tinggi.

"Usaha kita adalah mahu menarik pelancong dan sekiranya harga yang mahal dikenakan, sudah tentu mereka tidak berminat untuk ke Kelantan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Kelantan akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung larangan kemasukan bas dari Thailand ke negeri sempadan termasuk negeri itu.

Sementara itu, Persatuan Perdagangan dan Pelancongan Halal Thai ASEAN, Aida Oujeh, berkata beliau menyambut baik berita gembira itu.

Katanya, jika sebelum ini pelancong dari Thailand sukar untuk masuk memandangkan pengangkutan bas dilarang dan dengan kebenaran terbaharu ini, beliau yakin ramai akan melancong ke Kelantan.

"Jika sebelum ini kebanyakan pelancong dari Thailand akan pergi ke Pulau Pinang menggunakan pesawat dan selepas ini pastinya Kelantan akan menjadi pilihan pelancong," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor (lima kiri) bersama dengan wakil Thailand ketika hadir Majlis ASEAN Festival 2024 di Pattani. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.048678 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list