CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4249|Reply: 5

42 Tahun Solo, Zaiton Sameon Tak Sunyi, “Sebelum ini memang ada ramai yang mahu kenal"

[Copy link]
Post time 22-4-2024 08:14 AM | Show all posts |Read mode







SELESA hidup tanpa lelaki sejak empat dekad lalu, penyanyi Zaiton Sameon mengakui selesa kekal menjanda walaupun pernah beberapa kali didekati seseorang.


Katanya, tiada sebarang penyesalan memandangkan fokus utamanya hanya inginkan ketenangan fikiran, selain mahu mencari reda Allah.


Siapa yang tak nak berteman ketika usia emas, semuanya berbalik kepada jodoh, kalau ada, adalah tapi macam saya ini dah biasa solo sejak 42 tahun lalu. Tak rasa apa-apa.


“Sebelum ini memang ada ramai yang mahu kenal dengan lebih rapat, mungkin masa itu saya tak buka hati, bahkan sebenarnya sampai sekarang saya biasa begini.


“Tak sunyi pun tanpa suami sebab saya ada anak angkat, Che Sikah Ismail dan punya cucu angkat yang comel. Kawan pun ramai,” katanya kepada Kosmo! Online, semalam.


Pada majlis anjuran penulis lirik tersohor, Datuk Habsah Hassan di Restoran Puteri, penyanyi popular era 1980-an itu diraikan bersempena Syawal bersama tiga lagi selebriti iaitu Salamiah Hassan, Noryn Aziz dan Haiza.


Ditanya mengenai sambutan Aidilfitri, katanya tahun ini dia berhari raya di kampung keluarga angkatnya di Kelantan selama seminggu.


Begitupun, Zaiton tidak ketinggalan menziarahi kubur anak tunggalnya, Allahyarham Azirwan Abu Bakar yang terkorban dalam kemalangan di Batang Kali, Selangor, pada Februari 1990 di Negeri Sembilan.


Pada masa sama, dia juga menyatakan tahun ini belum dapat beraya di rumah sendiri apabila proses penyerahan kunci unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang, Kepong, masih dalam proses.


Tidak menanggap perkara itu sebagai masalah, harapannya adalah dapat tinggal segera di kediaman sewaan di bawah kelolaan kerajaan sebelum menutup mata.


Mungkin ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan sebelum saya boleh pindah masuk. Persediaan pun belum buat lagi, mungkin bawa saja perabot lama.




“Tapi sedih juga sebab tak dapat lagi beraya di rumah sendiri walaupun cuma rumah sewa. Insya-Allah ada rezeki sebelum saya menutup mata


“Apa pun saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga saya layak menyewa unit PPR terutama menteri berkaitan,” katanya.


Awal bulan ini, penyanyi Menaruh Harapan itu menerima berita gembira unit PPR yang dijanjikan kepadanya tahun lalu iaitu PPR Sri Aman di Jinjang, Kepong dapat diduduki tidak lama lagi.


Zaiton kini menetap bersama keluarga anak angkatnya sejak 11 tahun lalu yang disewa pada
kadar sebanyak RM1,000 sebulan.


Sumber : Hibglam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 11:10 AM | Show all posts
seriousla umonya 42
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dio5774 replied at 22-4-2024 11:10 AM
seriousla umonya 42

Dah 42 tahun solo. Bkn 42 tahun solo sejak baby. Contoh kalau masa tu umur nek eton 25 thn + 42 tahun la.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dio5774 replied at 22-4-2024 11:10 AM
seriousla umonya 42

68 dah umur kak eton tahun ni.. 42 tu hidup solo lps berpisah ngn husband terdahulu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 04:13 PM | Show all posts
rileks je acik eton takde mencirit sana sini nak berlaki.. walaupun dia sangatlah popular satu ketika dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 06:07 PM | Show all posts
dulu2 kan kawin takleh reveal siapa suami dia ayah si arwah anak dia kan...baru ni masa interview ngan Dina tu dia ada sebut Datuk Rahman Yassin, suami pertama & last... tapi meols x sure la yang mana... sbb dulu2 kak eton boleh tahan juga ye escourt job... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.051011 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list