CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6063|Reply: 0

Sikh Izhan impikan peluang ke Olimpik

[Copy link]
Post time 15-4-2024 10:18 AM | Show all posts |Read mode

SIKH IZHAN memasang impian untuk membantu skuad B23 negara layak ke Sukan Olimpik meskipun sedar ia bukan tugas mudah. – FAM

HASRAT penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman mahu melengkapkan reputasi­nya selaku pemain paling ber­tuah untuk bermain di dua pentas Piala Asia.

Graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu dijangka memainkan peranan lebih besar bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) negara pada kempen Piala Asia B-23 di Qatar bermula Rabu ini.

“Semestinya duduk bersama senior seperti Azri Ghani dan Syihan Hazmi membolehkan saya dapat tunjuk ajar ke­rana mereka individu berpengalaman dalam bola sepak.

“Ini salah satu cabaran untuk saya bersaing, jadi lebih bagus dan cuba merebut tempat. Seperti yang semua tahu, saya pernah ke Qatar dengan skuad senior dan pengalaman itu akan dibawa ke dalam skuad B-23.

“Azim (Al Amin Kamarudin) berada pada prestasi terbaik. Jadi kemungkinan untuk bermain tetap sukar, tetapi saya tetap akan cuba sehabis baik untuk keluarga dan cuba bantu pasukan layak ke Sukan Olimpik,” katanya.

Skuad negara ‘berkampung’ di Qatar sejak dua minggu lalu dan dua aksi persahabatan berprofil tinggi menentang China dan tuan rumah sebelum ini memberi gambaran awal buat pengendali negara, Juan Torres Garrido sebelum bertemu Uzbekistan pada Rabu ini.

Keputusan positif bakal memberi petanda baik sebelum meneruskan saingan menentang Vietnam yang dianggap pasukan misteri, Sabtu ini sebelum menutup aksi Kumpulan D bertemu Kuwait pada 23 April.

“Dengan campuran pemain yang berlatih dengan skuad se­nior, saya rasa kita boleh berikan yang terbaik di peringkat Asia nanti,” jelas Sikh Izhan.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... peluang-ke-olimpik/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063723 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list