CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4157|Reply: 14

[Jenayah] 2 anggota APMM cedera ditembak di Perairan Kunak, Sabah

  [Copy link]
Post time 7-4-2024 01:34 PM | Show all posts |Read mode
2 anggota APMM cedera ditembak di Perairan Kunak, Sabah

Disiarkan pada: April 7, 2024 @ 1:00pm



GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA


Kota Kinabalu: Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pada 8.30 pagi tadi.

Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama (M) Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata ketika kejadian, anggota Maritim Malaysia melihat sebuah bot yang mencurigakan berada di perairan itu sebelum cuba menghampiri bot berkenaan.


"Bagaimanapun semasa anggota menghampiri bot berwarna biru itu, tiga suspek yang dipercayai berada dalam bot melepaskan tembakan ke arah anggota Maritim Malaysia sebelum memecut ke arah perairan negara," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata anggota yang cedera telah dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut.

Che Engku Suhaimi berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu dan memohon orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan.


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... erairan-kunak-sabah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2024 08:52 PM | Show all posts

[TERKINI] Anggota APMM cedera ditembak ketika tahan bot enjin sangkut

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my


LOKASI kejadian dua anggota APMM cedera ditembak tiga suspek. FOTO Ihsan APMM


Lahad Datu: Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) cedera dalam insiden berbalas tembakan di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut, Kampung Pangi Kunak, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kedua-dua mangsa Zainal Abad Komel, 45, yang juga Ketua Bot Banggi 48 cedera di mata manakala Prayrie De Cuella Jimin, 35, cedera di kedua-dua belah tangan.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dr Suzanna Razali Chan berkata, berdasarkan laporan awal, insiden berlaku apabila pasukan bot ronda APMM cuba menahan sebuah bot enjin sangkut untuk pemeriksaan Op Khas Pagar Laut.

Katanya, sebaik dihampiri, tiga suspek yang berada di atas bot berkenaan tiba-tiba melepaskan empat das tembakan ke arah Bot Banggi 48.

"Kumpulan suspek terbabit dipercayai bertindak melepaskan tembakan bagi mengelakkan daripada anggota bot peronda APMM.

"Pasukan operasi turut melepaskan tembakan balas namun kumpulan terbabit berjaya melarikan diri," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Suzanna berkata, susulan daripada insiden berkenaan, pihak APMM sudah mengaturgerakkan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat, pesawat udara dan Bahagian Perisikan Maritim ke lokasi kejadian.

"Semua pasukan berkenaan akan menjalankan siasatan bagi mengesan semua suspek terbabit.

"Manakala kedua-dua anggota APMM yang cedera sudah dihantar ke Hospital Kunak bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... n-bot-enjin-sangkut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Musti kerja Pelipin sial.

Btw motif nama kau pun ala2 Pelipin, Prayrie De Cuella Jimin.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pangkat Datuk persekutuan nanti hero kita ni, sebab dia bukan artis
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-4-2024 09:20 PM
Musti kerja Pelipin sial.

Btw motif nama kau pun ala2 Pelipin, Prayrie De Cuella Jimin.  ...

Entah2 mmg di aim mamat tu..
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 8-4-2024 12:29 PM
Entah2 mmg di aim mamat tu..
Hahaha

Yang kasik dia nama gitu mesti makcik2 dia yang suka tengok cerita 101 Dalmatians masa kecik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-4-2024 08:34 PM
Yang kasik dia nama gitu mesti makcik2 dia yang suka tengok cerita 101 Dalmatians masa kecik.

Itu lah pasal
Iols nampak Nama Cruella je..
Adoi..tak memasal nama.jadi topic.kat sini
Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2024 08:55 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 8-4-2024 08:59 PM
dua_chzy replied at 7-4-2024 09:20 PM
Musti kerja Pelipin sial.

Btw motif nama kau pun ala2 Pelipin, Prayrie De Cuella Jimin.  ...

Maka bersikaplah lebih bijak   Selaku berstatus "Penyewa" tanah Sabah  maka sedarlah jangan ganggu dan berbuat kasar dan kelebihan kepada pemilik sebenarnya tanah Sabah itu ....  

Ingat rakyat Bangsa Moro (Sulu) juga punya 'harga diri dan kehormatan yang harus anda jaga  di tanah SEWA Sabah itu... Hehehe



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2024 03:47 PM | Show all posts

Niat asal nak membantu, tapi dibalas tembakan tekong
09 April 2024, 8:58am



Mata kiri Zainal Abad Komel cedera terkena tembakan dilepaskan tekong bot penjenayah di perairan Kampung Pangi kelmarin. (Gambar Facebook APMM)


TAWAU: Niat asal memeriksa dan membantu sebuah bot seakan “tersadai” di perairan Kampung Pangi, Kunak, tetapi dibalas empat tembakan dari tekong.

Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zainal Abad Komel, 45, berkata, kejadian itu berlaku pantas dan beliau tidak menjangkakan bot itu dinaiki penjenayah.


“Pada 8.30 pagi, kebiasaannya nelayan balik kampung, lagi pun lokasi ini di depan Kampung Pangi, biasanya orang kampung balik dari memancing, memukat… bot yang dihampiri dilihat membawa muatan ditutupi kanvas.

“Saya merapati bot itu, saya lihat suspek mengacu pistol tepat ke muka dan dua das tembakan dilepaskan, tapi saya sempat memaling muka sambil tekan pendikit bot menjauhi bot suspek,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, semalam.

Kelmarin, media melaporkan dua anggota Maritim Malaysia dalam tugasan Ops Khas Pagar Laut cedera ditembak, selepas menghampiri sebuah bot untuk melakukan pemeriksaan, yang melepaskan empat das tembakan.

Ekoran kejadian di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut, Kampung Pangi itu, Zainal cedera di mata kiri, manakala Prayrie De Cuella Jimin, 35, cedera di kedua-dua tangannya.

Zainal berkata, tembakan kedua itu mengenai bawah mata dan darah memancut keluar.

“Kejadian ini tidak mematahkan semangat saya, kalau saya elok hari ini, saya nak turun cari balik mereka,” katanya yang reda sebelah matanya buta kerana peluru terkena saraf mata.

Zainal yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, insiden itu julung kali dihadapinya sepanjang 19 tahun berkhidmat dengan Maritim Malaysia.



Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Hamid Mohd Amin (tiga kanan) bersama Komander Esscom, Datuk Victor Sanjos (tiga kiri) melawat mangsa di Hospital Tawau, semalam. – FOTO FAIL: NSTP


Prayrie pula berkata, ketika kejadian, hanya tekong bot memegang senjata dan melepaskan empat das tembakan ke arah bot maritim.

“Bot itu cuba memecut laju, tetapi saya juga melepaskan lima das tembakan ke arah bot itu, saya nampak dua orang rebah, tetapi saya tidak pasti sama ada rebah sebab terkena tembakan atau mengelak.

“Selepas saya melepaskan tembakan itu, bot (penjenayah) itu berhenti kira-kira dua minit, sebelum ada yang mungkin merangkak dan bot itu memecut laju,” katanya sambil menambah bot maritim tidak dapat mengejar bot penjenayah terbabit akibat faktor air surut.

Dalam kejadian itu, empat lagi anggota maritim yang bersama mereka dalam rondaan itu tidak cedera.-BERNAMA


https://www.buletintv3.my/nasion ... as-tembakan-tekong/
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mata cedera. Harap tak serious.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg apmm belah selat melaka lak lg hawau..bot tekong bawak rohingya pun depa selamba je kasi masuk lepas
Kalo tak, takkan le dah ramai nk mampos ummah rohingya belah2 pantai barat ni ha
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagaimanapun semasa anggota menghampiri bot berwarna biru itu, tiga suspek yang dipercayai berada dalam bot melepaskan tembakan ke arah anggota Maritim Malaysia sebelum memecut ke arah perairan negara,"

So dah pecut2 nak masuk msia la tu
Babi sial anak haram...so bertambah lagi la warga asing
Patutnya tembak je la ms nmpk diorg..takyah nk curiga2 sgt..kan dah kono tembak
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat suluk pilak
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 9-4-2024 04:33 PM
Bagaimanapun semasa anggota menghampiri bot berwarna biru itu, tiga suspek yang dipercayai berada da ...

..mai Msia..terui la dpt IC@Projek ic.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2024 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 9-4-2024 06:25 PM
..mai Msia..terui la dpt IC@Projek ic.

Kalo korang ada sedara mara/parents yg dah meninggal dunia, selalu la rajin2 cek nombor IC diorg kt google ke, or mana2 la agensi gomen ke, bank ke etc etc
Takut ada yg recycle no.IC tu kasi kat warga asing sume ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.068438 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list