CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3954|Reply: 0

[Terengganu] Tidak pulang bercuti, gandakan amalan di madrasah

[Copy link]
Post time 6-4-2024 02:00 PM | Show all posts |Read mode

Pelajar Muhammad Faisal Izzudin Fadly, Imran Zaidhusin, Mohd Hamzah Kamil dan Ahmad Mukhtar Bin Sulaiman mengambil kesempatan menghabiskan bacaan Al-Quran dengan diterangi cahaya lilin di Madrasah Addinniah Azzakiah (MAA). FOTO GHAZALI KORI

Kuala Berang: Walaupun sudah bercuti namun pelajar Madrasah Addinniah Azzakiah (MAA) dekat sini, tidak pulang awal ke kampung halaman dan meningkatkan amalan menjelang 10 malam terakhir Ramadan.

Muhammad Faisal Izzudin Fadly, 16, Felda Mengkawang dekat sini berkata, walaupun madrasah sudah mula bercuti namun sebahagian besar pelajar masih berada di madrasah untuk beribadah.

Menurutnya, suasana madrasah yang mendamaikan memudahkan pelajar untuk beribadah tanpa gangguan terutama pada malam-malam terakhir Ramadan.

Katanya, memilih tidak pulang awal ke kampung sudah menjadi rutin pelajar di sini walaupun cuti kerana keakraban menjadikan kami lebih serasi untuk beramal secara beramai-ramai.


"Di sini (pondok) tidak dibekalkan elektrik, jadi untuk membaca al-Quran dan sebagainya kami menggunakan lilin bagi menerangi pondok yang kami huni.

"Suasana sebegini sukar diperoleh di tempat lain, justeru saya memilih untuk tidak pulang awal ke kampung dan selesa di sini sehingga akhir Ramadan.

Mohd Hamzah Kamil, 16, dari Pengkalan Hulu, Perak berkata, suasana memainkan peranan kerana pada waktu malam mereka hanya berbekalkan lilin untuk berjaga dan ia amat sukar dilupakan.

"Kedudukan pondok yang jauh di pedalaman dengan tiada gangguan gajet (tidak dibenarkan) memberi kami banyak ruang untuk memburu malam Lailatul Qadar.

"Kalau ada bekalan elektrik sudah tentu kami sibuk mengecaj dan bermain gajet justeru dengan sebatang lilin pada waktu malam, masa banyak dihabiskan dengan melakukan amat ibadah.

"Alhamdulillah, walaupun sudah cuti namun hati kami masih di sini, bersama rakan-rakan yang masih dahagakan ilmu dan di penghujung Ramadan nanti kami akan pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -amalan-di-madrasah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.075938 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list