CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12692|Reply: 10

Kerajaan Pertimbang Buka Semula Pendaftaran Padu Jika Ada Keperluan - Rafizi

[Copy link]
Post time 2-4-2024 06:06 AM | Show all posts |Read mode






PUTRAJAYA- Sebanyak 17.65 juta profil rakyat atau 58.7 peratus termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun berjaya mengemaskini sistem Pangkalan Data Utama (Padu) selepas ia ditutup pada pukul 11.59 malam tadi.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, seramai 11.55 juta atau 52.6 peratus warganegara berumur atas 18 tahun turut berjaya mendaftar dan mengemaskini profil diri di sistem Padu.


Katanya, bagi pendaftaran warganegera berumur 18 tahun ke atas, Johor merekodkan sebanyak 48.4 peratus, manakala Kedah (58.9 peratus), Kelantan (65.2 peratus), Melaka (53 peratus), Negeri Sembilan (56.2 peratus) dan Pahang (59.7 peratus).


Jelasnya, Pulau Pinang pula sebanyak (52.9 peratus), Perak (60.3 peratus), Perlis (66.9 peratus), Selangor (44.5 peratus), Terengganu (62.7 peratus), Sabah (52.8 peratus), Sarawak (46.7), Kuala Lumpur (47.6 peratus), Putrajaya (56.2 peratus) dan Labuan (55.2 peratus).


“Kementerian Ekonomi seterusnya akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.


“Sebarang pengumuman berkenaan hal ini akan diumumkan oleh kerajaan pada masa yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.


Katanya, warganegara yang tidak berjaya mendaftar dan mengemaskini profil di Padu, data pentadbiran sedia adalah mencukupi dan akan digunakan untuk kerajaan menentukan kelayakan individu bagi tujuan penyasaran semula subsidi.


“Sekiranya ada keperluan, Kementerian Ekonomi akan umumkan pembukaan semula Padu untuk tempoh yang singkat bagi pendaftaran dan pengemaskinian setelah kerajaan membuat keputusan bentuk dan mekanisme subsidi bersasar,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Katanya, warganegara yang tidak berjaya mendaftar dan mengemaskini profil di Padu, data pentadbiran sedia adalah mencukupi dan akan digunakan untuk kerajaan menentukan kelayakan individu bagi tujuan penyasaran semula subsidi


Kalau dah ada data, kenapa kau paksa rakyat isi jugak, hanat? Lepas tu nak reopen registration kalau ada keperluan.

Oh, mungkin kalau rakyat isi sendiri, if anything happens rakyat takleh salahkan kerajaan sebab rakyat sendiri yang nak isi kan? Sama la macam vaksin covid hari tu. Paksa rakyat cucuk secara halus, side effect pandai2 la tanggung sendiri.

Dasar ahlul politik!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa effect nya kalau kita isik dan tak isik form ni dlm idup ini ? I tanya serius sbb nak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu ni bodo juga.tak nak ambil semua yg gomen bagi.
Ko tgk apek nyonya cina tua2 sanggup beratur kalau dpt benda free
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 01:10 PM | Show all posts
orang dah tunjuk takmo daftar ko nak paksa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 01:41 PM | Show all posts
Whatever
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2024 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
babynina30 replied at 2-4-2024 07:42 AM
Apa effect nya kalau kita isik dan tak isik form ni dlm idup ini ? I tanya serius sbb nak tau.

Kalo x daftar padu ni apa2 subsidi kerajaan nanti ko x dapat la kalo ikut kata si rafizi tu...tu yg mak aq gigih suh aq daftar jugak tapi tulah mula2 cskap kena daftar pastu cakap sistem automatik dh daftar kita cuma perlu kemaskini je,pastu tukar pulak kata yg t20 pon leh dapat subsidi kalo layak  last2 cakap yg x daftar lagi dyorg akan guna data yg sedia ada dari kerajaan untuk tentukan layak atau x...aq pon x tahulah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 12:34 AM | Show all posts
babynina30 replied at 1-4-2024 11:42 PM
Apa effect nya kalau kita isik dan tak isik form ni dlm idup ini ? I tanya serius sbb nak tau.
babynina30: Apa effect nya kalau kita isik dan tak isik form ni dlm idup ini ? I tanya serius sbb nak tau.

- U tak isi . u mmg tak akan dapat apa apa bantuan langsung.
- U isi. takde jaminan u akan dapat bantuan. sebab apa masih tak jelas
method apa kerajaan guna utk beri bantuan. base on income ke jumlah anak ke umur ke.


paling merisaukan u dah register dah up to date. tapi tak dapat apa-apa bantuan.

paling paling bahaya kalau dalam database tu paling besar adalah married people.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 3-4-2024 12:34 AM
- U tak isi . u mmg tak akan dapat apa apa bantuan langsung.
- U isi. takde jaminan u akan dapat ...

Yg married couple pasaipa id pllg bahaya u ?

Setakat ni, my husband and i , opt not to register
Sbb mcm tu lah. Regis pon tak sure lg dpt ke tak
Dok paksa2 push mcm zmn vax dluuu gayanyaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 05:45 AM | Show all posts
babynina30 replied at 2-4-2024 04:45 PM
Yg married couple pasaipa id pllg bahaya u ?

Setakat ni, my husband and i , opt not to register  ...

sebab data yang u submit tu. contoh mcm gender , income , asset , live in , occupation
akan di satukan jadi satu database.
kemudian data tu akan di pecahkan kembali jadi 3 golongan :
a) Bujang / Single
b) Married / Familiies
c) Old citizen

kalau yang dalam database tu married lagi ramai. segala bentuk bantuan
lebih ke arah married person. lagi ramai anak dan bini lagi banyak bantuan.
siapa yang single atau andartu kurang la mendapat bantuan.


i bagi contoh : Subsidi minyak. Sebulan RM 300 to age 15 onwards
siapa yang anak 5 . Sulung umur 23 . bongsu umur 18 mmg untung la.
sebab RM 300 x 5 = RM 1500 .
siapa yang andartu / single . dapat RM 300 je la.

Subsidi terbesar dalam sejarah Malaysia adalah pada tahun 2022.
berjumlah : RM 77.3 Billion.

image hosting



Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
silap2 dia jual data kome
naya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 1.142538 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list