CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15682|Reply: 0

[Perlis] Anwar lulus peruntukan tambahan RM14 juta untuk projek ICQS Wang Kelian

[Copy link]
Post time 2-4-2024 12:26 AM | Show all posts |Read mode
Anwar lulus peruntukan tambahan RM14 juta untuk projek ICQS Wang Kelian


BERNAMA



ANWAR (dua, kanan) bersama Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli (lima, kanan) melihat miniatur Projek Chuping Valley Industrial Area (CVIA) selepas mempengerusikan taklimat pembangunan Perlis dalam lawatan singkatnya di sini hari ini. FOTO Bernama



Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM14 juta bagi Projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian di Perlis.

Menerusi hantaran dalam laman Facebook hari ini, Anwar berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan yang mendesak untuk menyelesaikan segera isu kesesakan di pintu masuk negara.

Permohonan peruntukan tambahan itu dibangkitkan oleh Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli semasa Perdana Menteri mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Perlis bersempena dengan lawatan ringkasnya ke negeri itu hari ini.

"Menteri Besar Perlis turut membangkitkan permohonan peruntukan tambahan bagi Projek ICQS Wang Kelian, mesin pengimbas di Pelabuhan Darat Perlis serta peruntukan mengurus bagi kerajaan Perlis," kata Perdana Menteri.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mufti Perlis dan ketua jabatan serta agensi kerajaan pusat dan negeri yang terlibat.

Menurut Anwar, perbincangan selama satu jam menyentuh pelbagai isu dan keperluan pembangunan di Perlis antaranya projek Dataran Kuala Perlis, Pasar Pelancongan Kuala Perlis, pembinaan jalan bagi menghubungkan Jalan Pesisiran Pantai (R152) ke Kuala Sanglang serta penyelenggaraan gerai dan kios di seluruh negeri itu.

"Saya juga singgung potensi negeri Perlis sebagai destinasi pelancongan dan bagaimana negara kita berbelanja tinggi untuk menanggung kos subsidi harga barang asas, namun harga makanan di negara kita masih lebih mahal berbanding di destinasi pelancongan negara jiran," katanya.

Anwar berkata beliau percaya jika ada usaha untuk mengatasi masalah berkenaan, lebih ramai pelancong akan datang ke destinasi pelancongan di Perlis.



Disiarkan pada: April 1, 2024 @ 8:15pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.072448 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list