CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4423|Reply: 0

Skuad B-23 melawan masa bentuk skuad mantap

[Copy link]
Post time 1-4-2024 02:19 PM | Show all posts |Read mode

Skuad B-23 negara berlepas ke Qatar pagi tadi.

SEPANG: Berbaki dua minggu lagi sebelum saingan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) membuka tirainya, fokus skuad negara adalah untuk membentuk pasukan yang benar-benar mantap bagi menghadapi saingan di Qatar itu.

Pengendali skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido berkata itu perkara yang perlu dilakukan dalam tempoh singkat ini meskipun mengakui dia sudah berpuas hati dengan perkembangan ditunjukkan barisan pemainnya sepanjang sesi latihan dan dua aksi persahabatan menentang India.

"Kita membawa 23 pemain ke Qatar tetapi baru dua hari di mana kita dapat menjalani latihan dengan skuad yang lengkap. Sekarang kita ada pasukan dengan kelompok pemain yang terbaik di sini.

"Jadi kita perlu bentuk pasukan yang mantap. Ada kelompok pemain yang menyertai dua kem latihan, ada pemain yang menyertai kita sejak tahun lalu dan ada yang sudah bersama pasukan sejak dari skuad bawah usia.


"Kita mesti satukan mereka untuk membentuk pasukan yang terbaik. Tidak pernah cukup dengan apa yang ada tetapi kita perlu bekerja dengan apa yang kita ada buat masa ini," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Sebagai rekod di Qatar, skuad B-23 negara diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan juga Vietnam.

Dalam masa sama, Garrido mengakui ketiadaan tonggak pertahanan, Azam Azmi Murad yang mengalami kecederaan sememangnya satu kehilangan yang besar apatah lagi pada aksi di pentas tertinggi seperti Piala Asia B-23.

"Ketiadaan Azam sememangnya memberi impak kepada pasukan tetapi kita percaya dengan pemain yang sudah dipilih untuk menggantikannya.

"Mungkin sukar untuk mendapat pemain dengan tahap seperti Azam tetapi saya fikir kita dapat mencari jalan untuk menyelesaikan isu ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan ... bentuk-skuad-mantap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050806 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list