CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5393|Reply: 0

[Sabah] Dua kawasan di Sabah catat udara tidak sihat setakat 7 pagi

[Copy link]
Post time 26-3-2024 05:24 AM | Show all posts |Read mode


Tangkap layar laman sesawang Apims JAS

KOTA KINABALU: Dua kawasan di Sabah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat setakat pukul 7 pagi ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Politeknik Kota Kinabalu dan Kimanis masing-masing mencatatkan bacaan IPU 136 dan 118.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPM) dalam kenyataan memaklumkan terdapat kebakaran di tapak pelupusan sampah Kayu Madang kira-kira 3 kilometer dari Politeknik Kota Kinabalu bermula, semalam.



Pasukan bomba giat memadamkan tapak pelupusan sampah Kayu Madang kira-kira 3 kilometer dari Politeknik Kota Kinabalu. - Gambar JBPM

Balai Bomba Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan melalui dari talian MERS999 pada 4.19 petang sebelum bergerak ke lokasi sejauh 28 kilometer.

Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran air daripada tangki jentera dan operasi pemadaman akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, tinjauan ke kawasan itu pagi ini mendapati kebakaran masih berlaku dan kepulan asap hitam menjulang tinggi mencemarkan udara di kawasan sekitar. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.049942 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list