CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4165|Reply: 0

Arif Aiman buru hatrik MVP ABK23

[Copy link]
Post time 25-3-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode

ARIF AIMAN tercalon dalam dua kategori pada ABK23 selain berada pada landasan tepat untuk merangkul gelaran hatrik MVP.

PRESTASI konsisten ketika bersama kelab dan Harimau Malaya meletakkan nama Arif Aiman Hanapi sebagai pilihan tunggal yang lebih layak untuk diangkat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2023 malam ini.

Jika ramalan ini menjadi kenyataan, Arif pastinya menempa sejarah tersendiri apabila akan merekodkan kejayaan hatrik menggondol anugerah itu dan lebih menarik ia dilakukan pada usia muda.

Pada edisi kali ini, Arif tercalon dalam dua kategori utama di mana menyaksikan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bakal bersaing dengan dua lagi tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim (Selangor) dan Darren Lok (Sabah) bagi merebut gelaran Penyerang Terbaik.

Arif juga dilihat sebagai calon pilihan untuk mengondol anugerah Pemain Muda Terbaik, menyaksikannya turut tercalon bersama Ubaidullah Shamsul Fazili dari Terengganu dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan).

Pada penganjuran ABK23 kali ini, pemain dari JDT terus mendominasi senarai calon apabila memiliki sekurang-kurangnya seorang wakil dalam setiap kategori dipertandingkan.

Penyerang importnya, Bergson Da Silva tersenarai dalam kategori Pemain Import Terbaik dan akan disaing hebat oleh pemenang kasut emas Liga Super musim lalu, Ayron Del Valle (Selangor) dan Ivan Mamut (Terengganu).

Bagi anugerah tengah menyaksikan Harimau Selatan mempunyai dua calon iaitu Afiq Fazail dan Hong Wan yang akan dicabar oleh kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue.

Dua pertahanannya, La’Vere Corbin Ong dan Feroz Baharudin akan bersaing dengan Azam Azmi Murad dalam perebutan anugerah Pertahanan Terbaik.

Penjaga gol utama negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed tersenarai dalam kategori Penjaga Gol Terbaik bersama Suhaimi Husin (Terengganu) dan Ramadhan Ab Hamid (PDRM FC).
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... u-hatrik-mvp-abk23/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.220580 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list