CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3030|Reply: 0

[Pulau Pinang] ZPP harap peniaga bazar Ramadan terus menjadi penyumbang zakat

[Copy link]
Post time 20-3-2024 12:56 PM | Show all posts |Read mode
ZPP harap peniaga bazar Ramadan terus menjadi penyumbang zakat

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

20 Mac 2024 12:30pm




Amran (dua dari kiri) bersama Penyelaras DUN Seberang Jaya dan MPKK Jalan Baru menyantuni peniaga Bazar Ramadan Evoke pada Selasa.




BUKIT MERTAJAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) berharap peniaga di bazar Ramadan di negeri ini terus menjadi penyumbang dengan menunaikan zakat melalui agensi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali berkata, melalui tinjauan dilakukan mendapati keuntungan yang diperoleh peniaga pada tahun ini lebih baik berbanding sebelum ini dan berharap ia berterusan sehingga berakhir Ramadan.



Menurutnya, dengan sumbangan zakat yang diterima sekali gus membolehkan ZPP menjalankan amanah untuk membantu lebih ramai umat Islam yang memerlukan.

"Pada tahun ini kita nampak daripada tinjauan yang kita buat mendapati keuntungan yang mereka dapat lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.




Tinjauan dilakukan mendapati keuntungan yang diperoleh peniaga pada tahun ini lebih baik berbanding sebelum ini.




"Kita harap ia berterusan sehingga akhir Ramadan, semoga mereka dapat terus menyumbang dan melaksanakan tanggungjawab kepada ZPP," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas menyantuni peniaga Bazar Ramadan Evoke di Jalan Baru Perai pada Selasa.

Amran berkata, program dengan kerjasama Penyelaras DUN Seberang Jaya dan MPKK Jalan Baru ini bertujuan menyemarakkan semangat menunaikan zakat di kalangan peniaga Muslim di Pulau Pinang.

Katanya, selain mempromosikan program-program agihan yang dijalankan Zakat Pulau Pinang program sedemikian juga diharap dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat di antara ZPP dengan pembayar-pembayar zakat khususnya peniaga.


"Program ini ialah program biasa yang tiap kali kita buat di bulan Ramadan menyantuni peniaga-peniaga bazar Ramadan dengan tujuan menyebar luas maklumat mengenai zakat.

"Ia juga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara ZPP dengan peniaga-peniaga yang kita percaya mereka adalah prospek pembayar zakat," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055814 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list