CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2593|Reply: 1

[Kedah] Bunyi dengusan di bilik air rupanya King Cobra

[Copy link]
Post time 20-3-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Anggota APM menangkap ular tedung selar di alang kayu bilik air rumah penduduk di Kampung Batu 2, Sungai Pau, Sik. - Foto APM

SIK: Bunyi dengusan di atas alang kayu bilik air mengejutkan seorang penduduk di Kampung Batu 2, Sungai Pau, di sini apabila mendapati seekor ular tedung selar sedang 'berehat' di situ.

Berikutan itu, penduduk terbabit menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sik untuk mendapatkan bantuan menangkap ular tedung selar atau turut dikenali sebagai King Cobra.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehadiran ular itu pada jam 10.22 malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggotanya tiba di lokasi dan mendapati ular tedung selar itu masih berada di kawasan itu.


"Anggota kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular tedung selar sepanjang empat meter itu dan operasi dilakukan dengan berhati-hati kerana ular King Cobra itu sangat berbisa.

"Dengan menggunakan penjerut dan pengalaman serta kemahiran yang ada, anggota kami berjaya menangkap ular berkenaan selepas reptilia itu cuba melarikan diri dan bersembunyi di dalam rekahan dinding rumah penduduk berkenaan," katanya di sini hari ini.

Haisul Aisyah berkata, ular tedung selar itu kemudian dibawa pulang ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Sik sebelum diserahkan kepada pihak PERHILITAN Sik.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang awam terus peka dan sentiasa waspada berikutan cuaca panas mengundang reptilia berbisa untuk tumpang berteduh di kediaman terutama kawasan sejuk iaitu bilik air, bilik tidur dan bawah katil.

Beliau berkata, orang awam boleh menghubungi APM Sik di talian 04 469 8221 sekiranya terdapat sebarang kes kecemasan membabitkan kehadiran ular dan sebagainya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -rupanya-king-cobra

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 12:22 PM | Show all posts
bapak laa besar.. congrats laa abang JPAM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.055880 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list