CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2297|Reply: 0

Ratcliffe mahu Southgate ganti Ten Hag

[Copy link]
Post time 20-3-2024 10:19 AM | Show all posts |Read mode

Pengendali England, Gareth Southgate (kiri) calon utama menggantikan Erik ten Hag di Manchester United. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Pengendali England, Gareth Southgate dilaporkan menjadi calon nombor satu Jim Ratcliffe untuk menggantikan Erik ten Hag di Manchester United pada musim panas ini.

Ratcliffe semakin yakin mampu membawa Southgate ke Old Trafford selepas pasukan sukan INEOS miliknya mendapatkan pandangan legenda-legenda United.

Southgate, yang membimbing England sejak tahun 2016, turut mendapat sokongan pemain-pemain United sekarang - serta bakal pengarah bola sepak kelab, Dan Ashworth.

Southgate dan Ashworth pernah bekerjasama di Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris dan dilaporkan bersedia untuk bergandingan sekali lagi.



Kontrak Southgate bersama Three Lions tamat Disember tahun ini, selepas Kejuaraan Eropah di Jerman, dengan FA dijangka akan menawarkan kontrak baharu.

Bagaimanapun laluan untuk Southgate ke Old Trafford bergantung kepada hasrat pengendali itu sama ada mahu terus bersama England atau kembali mencuba nasib bersama kelab.

Walaupun berjaya mara ke separuh akhir Piala FA dan berpeluang memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan, Ratcliffe tidak yakin Ten Hag mampu membawa United lebih jauh.

Ten Hag akan menerima pampasan sehingga 10 juta pound (RM60.2 juta) sekiranya dipecat setahun sebelum kontraknya tamat - pada tahun 2025.

England kendalian Southgate antara pilihan menjuarai Euro 2024 selepas bekas pengendali Middlesbrough dan skuad bawah 21 England itu membawa mereka ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan final Euro 2020. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... hgate-ganti-ten-hag
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.254345 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list