View: 17449|Reply: 28
|
[Dunia]
Doktor terpendek di dunia
[Copy link]
|
|
Doktor terpendek di dunia
Mac 16, 2024 @ 5:25pm
Dr Ganesh Baraiya. - Foto AGENSI'
NEW DELHI: Dr Ganesh Baraiya, pemuda dari Gujarat, India, membuktikan tiada yang mustahil apabila mencapai cita-citanya bergelar doktor.
Oddity Central melaporkan, ia memandangkan Dr Ganesh, 23, mungkin doktor terpendek di dunia kerana hanya mempunyai ketinggian 91.4 sentimeter (sm).
Dr Ganesh yang menamatkan pengajiannya dan kini bertugas sebagai pelatih di Hospital Sir-T di Bhavnagar, menyimpan impian bergelar doktor sejak kecil lagi, lalu belajar bersungguh-sungguh mendapatkan gred yang tinggi dalam pelajaran.
Bagaimanapun, laluannya agak sukar kerana pernah memohon menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS), namun ditolak walaupun mendapat keputusan yang baik.
Majlis Perubatan India menolak permohonannya kerana ketinggiannya dengan memberi alasan Ganesh tidak akan dapat melaksanakan tugasnya dalam kes kecemasan.
Dr Ganesh mengakui kecewa namun enggan berputus asa hingga kesnya dibawa ke Mahkamah Agung India.
Pada 2018, Mahkamah Tinggi di India, memutuskan Ganesh berhak untuk mendaftar dalam MBBS, dan dia melakukannya pada tahun berikutnya
"Saya sangat kecewa tiga tahun lalu, tetapi enggan menerima penolakan mereka. Sekarang saya sangat gembira kerana mendapat keadilan daripada Mahkamah Agung.
"Kini saya dalam perjalanan untuk memenuhi impian yang saya harapkan sejak kecil. Saya tahu saya berbeza, tetapi saya mahu menjalani kehidupan yang baik seperti orang lain dan membanggakan ibu bapa saya," kata Dr Ganesh.
Sehingga kini, Dr Ganesh masih menangani isu diskriminasi kerana ramai pesakitnya enggan bercakap dengannya kerana ketinggiannya. - AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sombongnya pesakit,tak padan sakit menyombong dgn doktor. |
|
|
|
|
|
|
|
Tingat minah paediatrician yg somi isteri ada gen kerdil ni.. apa nama citer tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakkan org katik berjiwa besar taw |
|
|
|
|
|
|
|
Both sides ada justification yg valid. Tapi bagusnya dia bersemangat utk menjadi doktor. Maybe dia boleh pilih bidang doktor yg x perlu jumpa patients sgt..mcm lab or x-ray. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari gambar kat artikel ni nampak macam anggota badan dia ni semua proportionate cuma tubuh badan dia bersaiz kecil. Tahniahlah dapat menjadi doktor seperti yang diimpikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bottombikini at 17-3-2024 08:17 AM
Tinot7 replied at 17-3-2024 12:21 AM
Tingat minah paediatrician yg somi isteri ada gen kerdil ni.. apa nama citer tu..
aku rasa dia lagi pendek
Dr gak tu jenny ke apa nama dia
dia amik anak angkat kerdil dari india & china
tapi lama2 aku rasa rengsa dgn si kumari tu |
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 17-3-2024 08:16 AM
aku rasa dia lagi pendek
Dr gak tu jenny ke apa nama dia
Wow.. hang siap ingat pasai kumari.. iols tak ingat sgt dah.. kumari ngengada ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau setakat demam pening sanggup jugalah dengan Dr kerdil ni.
Tapi kalau ada kena dengan pembedahan...............hurmmm......minta jauh lah |
|
|
|
|
|
|
|
ReginaGeorge replied at 17-3-2024 01:42 PM
Tak patut la medical board tolak permohonan dia just because dia pendek. Selain jabatan kecemasan, d ...
Kan..patut dia boleh jek jadik Dr yg x memerlukan ketinggian sgt..mcm psikiatri or dr GP ja laa, hat cek cek biasa pastu beri panadol..haha...kalau nk jadik surgeon ka, yg lain lain tu payah lak x sampai.. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 17-3-2024 07:05 AM
Kebanyakkan org katik berjiwa besar taw
Otomatik aku teringat kat isa pelda. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 17-3-2024 08:47 AM
Wow.. hang siap ingat pasai kumari.. iols tak ingat sgt dah.. kumari ngengada ka?
aku tak ingat nama anak dia yg india tu
aku je yg panggil dia kumari |
|
|
|
|
|
|
|
ForumNer graduan yale tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 17-3-2024 03:13 PM
aku tak ingat nama anak dia yg india tu
aku je yg panggil dia kumari
Hahaha.. iols tak ingat nama2 deme.. satu famili kerdil.. ntah apa ending citer deme.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by supernaturalee at 18-3-2024 09:28 AM
Dr Miranda Bailey pendek je
Doktor tersohor di Seattle grace hospital
Die akn gunakan kerusi kecik masa perform surgery
Same goes to doktor dlm er yg Guna tongkat tu
Bukan penghalang semua tu
Yg penting kualiti kerja, knowledge dan kemampuan utk dia buat kje tu
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 18-3-2024 09:25 AM
Dr Miranda Bailey pendek je
Doktor tersohor di Seattle grace hospital
Die akn gunakan kerusi kecik ...
Kalau jadi mcm tu lepaih dah habes housemanship, takde sapa cerca..
Ni sama kes etikal mcm ada budak sakit mental siap pakej nak munuh diri tapi terjaga sbb ada ubat, voley ka buat medik? Nnt bila jaga pesakit, mahu ka pesakit jaga doktor pelatih yg rasa nak munuh diri tetiba?
Kalau sihat tubuh badan, setakat pendek, mebbe voley diberi peluang kalau tmpt blajaq dan keje tu ada fasiliti. Kalau dlm wheelchair ka bedbound ka, mebbe susah nak justify camne nak rawat pesakit kalau ada emergency.. org kena berlari2 kejar pesakit.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|