CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27749|Reply: 0

[Sarawak] Perturunkan budaya, seni tradisi etnik di Sarawak kepada generasi muda

[Copy link]
Post time 10-3-2024 04:03 PM | Show all posts |Read mode


Snowdan dibantu oleh Hau (tiga kanan)ketika mengenakan pakaian tradisional dan hiasan kepala Orang Ulu pada majlis Malam Perpaduan Etnik Orang Ulu Sarawak di Kuching, malam Sabtu.

KUCHING: Kepelbagaian budaya dan seni tradisi etnik di Sarawak perlu diperturunkan kepada generasi muda bagi memastikan identiti kaum masing-masing terus terpelihara.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, golongan itu wajar mewarisinya kerana amalan budaya tradisional sesuatu masyarakat melambangkan sifat dan identiti sesuatu kaum.

"Di Sarawak, kita mempunyai 34 kumpulan etnik, dan Orang Ulu adalah antara mereka.

"Justeru semua pihak terutama generasi lebih tua perlu memainkan peranan dengan memastikan budaya dan seni tradisi setiap kaum diturunkan kepada kepada golongan muda hari ini.

‘Sebagai contoh dalam seni tarian setiap suku kaumnya mempunyai tarian tradisional, alat muzik dan kraftangan tersendiri yang boleh kita ajar kepada anak-anak kita agar ianya tidak hilang di telan zaman.  

“Jadi, peliharalah warisan budaya anda kerana ia adalah aset yang sangat penting,” katanya ketika berucap pada majlis Malam Perpaduan Etnik Orang Ulu Sarawak di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di Jalan Ong Tiang Swee di sini, malam Sabtu.

Majlis Malam Perpaduan buat julung kali itu dianjurkan oleh Pertubuhan Warisan Kebudayaan Orang Ulu Sarawak (PEWAKOUS).

Sementara itu, Snowdan menyeru pelajar Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia atau luar negara untuk mengetengahkan budaya yang ada di negeri ini.

Katanya, mereka boleh berbuat demikian dengan memakai pakaian tradisional kumpulan etnik masing-masing.

“Dengan ini,  kita bukan sahaja dapat memaparkan keunikan baju tradisional bah kan boleh mempamerkan identiti budaya etnik di Sarawak.

“Tidak kira sama ada anda Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Cina, Melayu, atau Melanau bawalah pakaian tradisional kamu ke universiti kamu,” katanya.

Pada majlis itu, Snowdan memberikan sumbangan dana sebanyak RM30,000 kepada PEWAKOUS.

Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang yang turut hadir pada majlis itu, juga memberikan sumbangan dana sebanyak RM10,000 bagi menyokong persatuan itu dari segi aktiviti mereka mempromosikan budaya dan warisan Orang Ulu.

Hadir sama, Penaung PEWAKOUS Datin Sri Hau Ngo serta tetamu kehormat lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.134910 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list