CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26435|Reply: 0

[Sarawak] Persembahan Gendang Melayu Sarawak meriahkan Tebingan Kuching

[Copy link]
Post time 10-3-2024 04:02 PM | Show all posts |Read mode


Salah satu persembahan kebudayaan Melayu yang diadakan malam tadi.
KUCHING: Program SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2024 Siri I: Gendang Melayu Sarawak telah diadakan di Godown Amphitheatre, Tebingan Kuching, di sini lewat petang Sabtu.

Menurut satu kenyataan, program Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) itu adalah bagi menghidupkan Gendang Melayu Sarawak yang merupakan seni persembahan tradisi masyarakat Melayu Sarawak.

"AKYBMS merupakan indikator yang memainkan peranan menggalakkan segenap lapisan rakyat Sarawak agar peka dan peduli terhadap kebudayaan dan keseniaan Melayu agar dihayati dan berbangga dengan estetika keindahan yang dijelmakan dalam persembahan gendang Melayu Sarawak," kata Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS Datuk Wahab Abdul Aziz.

Turut hadir, Pengurus Besar AKYBMS Datu Dr. Sanib Said, wakil Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Nasir Lariwo dan dif-dif jemputan, kakitangan AKYBMS.

Penganjuran pada kali ini juga ujarnya amat istimewa, kerana menampilkan persembahan gendang Melayu Sarawak dan nopeng untuk pelbagai lapisan generasi.

Antara yang terlibat adalah Artis Badan Seni AKYBMS, Waris Anak Seni (Kanak-kanak), Cahaya Bulan Mengambang (Remaja), Warisan Seni Melayu Kuching (Dewasa), dan Kumpulan Seni Buana Kuching (Veteran).

"Semoga penganjuran program pada kali ini bakal memberikan pendedahan serba sedikit tentang keindahan adat resam dan tatasusila bangsa Melayu, khususnya di Sarawak," tegasnya.

Pada 22 Jun depan pula, program Siri II: Puisi Melayu Tradisional akan diadakan di lokasi yang sama.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.226085 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list