CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7253|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Peniaga jual cecair vape 'perisa ketamin' diberkas

[Copy link]
Post time 8-3-2024 11:20 AM | Show all posts |Read mode

PORT DICKSON: Polis menahan peniaga yang disyaki menjual cecair vape mengandungi dadah jenis ketamin di Taman Ria, di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 26 tahun itu di premisnya semalam.

"Tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Port Dickson dan merampas cecair vape yang dijual di premis itu," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, polis mengenalpasti modus operandi suspek dipercayai mencampurkan cecair vape dengan dadah disyaki ketamin.


"Polis percaya cecair vape yang mengandungi dadah itu dijual di kalangan warga tempatan di sekitar pekan Port Dickson dan sekitarnya.

"Kita turut merampas tiga botol cecair yang dipercayai mengandungi cecair dadah ketamin dan 164 botol cecair pelbagai perisa yang sudah dibungkuskan semula dalam kuantiti yang lebih kecil sebelum dijual kepada pelanggannya," katanya.

Aidi Sham berkata, cecair vape yang sudah bercampur dadah itu dimasukkan dalam botol yang kuantiti lebih kecil sebelum dijual kepada pelanggannya.

"Jumlah keseluruhan rampasan sebanyak 4,885 mililiter yang dianggarkan bernilai RM14,654," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki cecair dadah dan positif dadah disyaki ketamin.

"Suspek sedang direman dan dijangka akan didakwa di Mahkamah Majisterat Port Dickson pada Isnin ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... sa-ketamin-diberkas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.283718 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list