CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20031|Reply: 0

[Terengganu] Lapan lokasi Bazar Ramadan Rahmah di Terengganu

[Copy link]
Post time 5-3-2024 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Lapan lokasi Bazar Ramadan Rahmah di Terengganu

OlehNORHASPIDA YATIM
05 Mac 2024 08:28pm




Lapan lokasi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) dibawah inisiatif Payung Rahmah KPDN akan beroperasi melibatkan semua daerah di Terengganu sepanjang Ramadan kali ini. Gambar hiasan (Gambar kecil: Shaharuddin)




MARANG - Sebanyak lapan lokasi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) dibawah inisiatif Payung Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan beroperasi melibatkan semua daerah di Terengganu sepanjang Ramadan kali ini.

Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan juadah berbuka puasa pada harga rendah iaitu di bawah RM5.



Menurutnya, setakat ini sebanyak empat lokasi telah dikenal pasti iaitu di Bazar Ramadan Gong Badak, Kuala Nerus; Bazar Ramadan Sura Gate, Dungun; Bazar Ramadan Kuala Berang, Hulu Terengganu dan Bazar Ramadan Kampung Raja di Besut.

"Bazar Ramadan Rahmah merupakan satu inisiatif diambil KPDN dengan kerjasama PBT dan kali ini kita akan adakan di semua lapan lokasi di mana setiap satu daerah ada satu bazar.



"Setakat ini kita telah kenal pasti empat buah lokasi dan baki empat lagi kita akan maklumkan selepas kita muktamadkan selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Terengganu Kali Pertama 2024 di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Rosli Latif.

Jelas Shaharuddin, setiap aktiviti jualan di BBR akan dilakukan secara dalam talian iaitu menggunakan QR Code dan tiap pengunjung akan diberikan RM20 di dalam e-wallet bagi tujuan untuk berbelanja di bazar berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, KPDN menggalakkan para peniaga untuk mendaftar perniagaan mereka menggunakan QR Code dengan menyediakan sagu hati RM50 kepada setiap peniaga yang berbuat demikian.




Ujarnya, inisiatif itu dilihat dapat membantu pengunjung bazar terpilih untuk berbelanja malah pihaknya menetapkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada menu yang ada boleh dijual pada harga Rahmah.

"Kita tidak wajibkan kepada semua peniaga jual pada harga Rahmah cuma kita galakkan mereka untuk berbuat demikian.




"Dengan wang yang kita bekalkan menerusi e-wallet itu ia menjadi peluang kepada pembeli untuk membeli juadah pada harga Rahmah dengan harga di bawah RM5, dalam masa yang sama ia merupakan peluang kepada peniaga untuk melakukan amal jariah dengan menyediakan menu Rahmah,"ujarnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.840195 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list