CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6225|Reply: 0

[Terengganu] Ahli perniagaan wanita rugi lebih RM200,000 angkara Phone Scam

[Copy link]
Post time 3-3-2024 01:57 PM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU: Seorang ahli perniagaan kerugian RM202,400 selepas menjadi mangsa Phone Scam dalam satu kes penipuan di daerah ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata mangsa yang juga seorang wanita berusia 47 tahun dihubungi oleh suspek yang mengaku wakil kurier pos dan polis pada Rabu lalu.

Beliau berkata, mangsa dimaklumkan terbabit dengan kes kesalahan jenayah pengubahan wang haram dan dadah.

Katanya, mangsa dimaklumkan perlu memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan jika tidak mahu diambil tindakan.



"Dia kemudian diminta untuk mendedahkan maklumat akaun dan kata laluan perbankan internet serta membuat beberapa pindahan wang ke akaun yang diberikan.

"Mangsa diminta untuk menunggu sehingga siasatan selesai dalam tempoh tiga bulan sebelum boleh menggunakan akaun bank miliknya semula.

"Mangsa hanya menyedari diperdaya setelah dimaklumkan oleh keluarganya berkenaan pihak yang menghubunginya adalah 'scammer' sebelum semakan mendapati terdapat 35 transaksi berlaku tanya pengetahuannya membabitkan kerugian RM202,400," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mazli berkata, sebanyak 114 laporan membabitkan kes jenayah komersial diterima dalam tempoh seminggu bermula 25 Februari lalu berbanding hanya 81 laporan pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata, daripada jumlah itu,sebanyak 19 kertas siasatan dibuka membabitkan kerugian sebanyak RM 424,195 termasuk kes Phone Scam dengan kerugian berjumlah RM202,400.

"Orang ramai diingatkan tidak terpedaya apabila menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali, selain diminta membuat semakan dengan polis atau syarikat berkenaan terlebih dahulu bagi mendapatkan pengesahan.

"Jangan dedahkan maklumat perbankan kepada mana-mana pihak tidak dikenali, selain dinasihatkan untuk memuat turun sebarang aplikasi yang boleh diguna pakai untuk mencegah dan mengelak daripada terkena panggilan telefon dari penipu atau 'scammer'," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... -angkara-phone-scam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.062356 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list